Petikan dari Akhbar Isle yang sungguh jujur & tak pernah
cakap bohong
(pakar mengiklankan ubat kuat seks) :
KUALA LUMPUR, 3 Dis : Kenyataan Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya pemimpin-pemimpin PAS tidak
tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, jelas bertujuan untuk menyembunyikan
kejahilannya sendiri yang sebenarnya tidak tahu perkara itu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, realiti itu
tidak perlu disembunyikan lagi oleh Muhyiddin kerana dakwaan beliau itu
ternyata tidak berasas.
Menurut beliau, para pemimpin PAS telah pun menunjukkan
contoh konsep Negara Berkebajikan sejak PAS berjaya memerintah Kelantan 21
tahun lalu yang kini turut diikuti di negeri-negeri lain yang berada di bawah
Pakatan Rakyat.
Lihatlah contoh kebajikan selama 21 tahun
Hebatnya PAS memerintah yang tidak akan dirasai oleh negara UMNO.
'Jus Tok Guru'
Dibekalkan percuma ke setiap rumah di Kelantan
Uji kaji makmal terhadap sampel air di Kelantan pada setiap
tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja didapati ia mengandungi logam-logam
berat malah bakteria berbahaya termasuk E-Coli.
Lebih membimbangkan, E-coli turut ditemui dalam sampel air
yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB). Penemuan
E-Coli itu dalam sampel air dari Kelantan dikesan dalam uji kaji yang
dijalankan kementerian itu dari 2008 hingga 2010.
“Laporan Bilangan dan Peratusan E.Coli dan Logam Berat Bagi
Air Terawat dan Air Mentah Mengikut Daerah Negeri Kelantan 2008-2010 yang
dibekalkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.
“Ini kerana, E-coli sangat berisiko kepada
kesihatan manusia iaitu boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, najis
berdarah dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang membawa
maut.
Guk : Good ( Dalam kamus UMNO )
No comments:
Post a Comment