Apa2 pun aku salute la kat juak2 kaki fitnah pembangkang yang tak kering2 air otak menipu yang always kantol dan menunjukan dirinya sebodoh-bodoh, bodoh lagi dari 3 ekor lembu fidlot. Malahan kebodohannya melampaui norma-norma yang terbodoh antara yang bodoh.
Kes tentang inisiatif kerajaan untuk memberi duit RM500 kepada rakyat. Isu yang senang ni pun korang nak pusing.
KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KEWANGAN II
DATO’ SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH
PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN
BEBAN KOS HIDUP RAKYAT
1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.
2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
Warga emas sebatang kara
3. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.
4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.
5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.
6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.
7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.
Kementerian Kewangan Malaysia
30 November 2011
Ni aku bagi gambar special... dari FB juak2 fitnah...
Borang permohonan bantuan rakyat versi penipu.
Ni lagi la kaki klentong a.k.a batu api.. dengan bangganya menceritakan "orang dalam" bagi maklumat. Gasak ko la nak.... kubor lain-lain...
Yang ni pulak jajan. Borang original khas untuk
borang kat atas tu istimewa untuk puak2 yang buta perut.
Ni lagi...
Borang original ni sama tak dengan borang yang kaki fitnah tu heboh dalam Facebook?
Psst... kalau nak borang original, janganler malu2 untuk klik link ni :
Adakah bangkai makanan utama mereka???
No comments:
Post a Comment