Ambo tiap2 pagi jogging. Buleh jadi MB lagi 5 musim.
Masuk AF pun buleh. Mu toksey susoh hati.
Minum Jus Tok Guru...
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 3 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
mendakwa desakan perwakilan Umno Kelantan, Mohd Afandi Yusoff agar Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz berundur membayangkan ketakutan Umno kepada Menteri Besar
Kelantan itu.
Ketua penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata ianya juga
menunjukkan betapa Umno gerun untuk berhadapan dengan kepimpinan Tuan Guru Nik
Aziz sehingga terpaksa membuat desakan tersebut.
"Kita ingin bertanya kepada perwakilan Umno Kelantan
ini, atas dasar apakah Menteri Besar Kelantan diminta berundur? Jika atas
faktor umur, tidakkah mereka yang terpalit dengan rasuah dan penyelewengan
serta jauh lebih muda dari Nik Aziz lebih layak untuk berundur?
"Tidakkah Mohd Afandi membaca Laporan Ketua Audit
Negara 2010 yang mengesahkan pelbagai ketirisan dalam perbelanjaan duit
kerajaan yang berlaku di bawah pentadbiran individu yang kononnya lebih
muda,"soalnya.
Menurut beliau lagi, tindakan Afandi membandingkan Tuan Guru
dengan Tun Mahathir Muhammad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah berundur
membayangkan kejahilannya terhadap sejarah Umni sendiri.
Menurutnya, kedua-dua bekas perdana menteri itu berundur
bukan atas desakan pembangkang tetapi atas desakan dalaman Umno sendiri setelah
mereka gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihanraya.
"Tun Mahathir berundur setelah sokongan Melayu kepada
Umno merosot dalam pilihanraya umum 1999 dan Tun Abdullah berundur setelah
Barisan Nasional gagal mendapat dua pertiga majoriti di dalam parlimen dalam
pilihanraya umum 2008.
"Adapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz, semakin disayangi dan
disanjungi oleh rakyat Kelantan berbanding dengan Afandi sendiri yang pernah
kalah kepada seorang calon wanita di dalam pilihanraya umum 2008 untuk kerusi
parlimen Rantau Panjang," katanya.
Justeru, beliau berkata desakan Umno Kelantan tidak perlu
dilayan oleh kepimpinan kerajaan negeri.
Apa yang perlu ujarnya ialah meneruskan fokus ke arah
membangunkan negeri Kelantan di bawah payung syariat.
"Adapun desakan Umno Kelantan itu tidaklah
ubah seperti jurulatih pasukan bola sepak sebelah
No comments:
Post a Comment