Saturday, 17 December 2011

ABU-Projek Gila Babi


" Text bawah ni aku petik dari blog Chegubard,
 Kapten kumpulan NGO2,
ABU ( Asalkan Bukan UMNO ) "


Tindakan penjual sayur Mohamed Bouazizi, 26 bakar diri telah membawa pada Asal Bukan Ben Ali.

14 Januari lepas, Asalkan Bukan Ben Ali telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (23 tahun) itu dalam masa 21 hari.

Lonjakan rakyat di Tunisa dikatakan sebagai Teori Domino apabila merebak ke Mesir, Syiria, Libya, Yaman dan negara-negara Arab lain.

Atas sangkaan Khalid Sa’id edar dadah, polis pukul siswa itu sehingga mati sehingga membawa Asalkan Bukan Mubarak.

Wael Ghanem (blogger/eksekutif google) meniupkan We Are All Khaled Said di Facebook sehingga membawa Asalkan Bukan Mubarak.

Asalkan Bukan Mubarak telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (30 tahun) itu di Mesir pada 11 Februari lepas; dalam 18 hari sahaja.

Asalkan Bukan Gadaffi juga telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (42 tahun) itu pada 20 September lepas di Libya; dalam masa 217 hari.

Asalkan Bukan Gadaffi telahpun mengakibatkan rakyat langsung tidak takut dan tunduk pada peluru hidup dan bom yang dilepaskan oleh rejim Gadaffi.

Asalkan Bukan Keluarga Asad juga telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (41 tahun) itu pada 26 Januari lepas di Syria; dalam masa 49 hari.

Begitu juga dengan Asalkan Bukan Ali (Abdul Saleh), telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (33 tahun) itu di Yaman; dalam masa 294 hari.

Asalkan Bukan Ali (Abdul Saleh) telah mendesak rejim sehingga melepas jawatan sebagai Presiden Yaman pada 23 November lepas.

Berapa hari pun yang diambil rakyat, semua kita telah yakin dan percaya bahawa Asalkan bukan Ben Ali, Mubarak, Gadaffi, Keluarga Asad dan Ali telah menumbangkan rejim-rejim besar di dunia.

Kezaliman, pengkhianatan, pembaziran, kemiskinan dan pengangguran telah melonjak rakyat di seluruh dunia untuk percaya Asalkan Bukan Rejim adalah jalan terbaik untuk memakmurkan negara dan hidup rakyat.

Tidak hairan sekiranya rakyat di dunia hatta Malaysia sendiri pada ketika ini begitu percaya bahawa Asalkan Bukan Rejim sudah menjadi sentimen antarabangsa dan sedang memulihkan negara-negara Arab berkenaan.

Tidak hairan sekiranya akademia seperti Prof F Gregory Gause dari Universiti Vermont mencadangkan kepada Amerika Syarikat supaya tidak menggalakkan amalan demokrasi di negera-negara berkenaan demi ‘kestabilan politik sedunia’.

Nada yang sama turut disuarakan oleh Dr Max Lane dari Institut Asia, Universiti Melbourne yang antara lain menyebut bahawa Revolusi Mesir adalah leaderless revolution; selain tidak menafikan faktor sampingan yang digerakkan sendiri oleh angkatan anak muda Ikhwan.

ASALKAN BUKAN UMNO

Semua kita sedar hakikat sebenar bahawa Asalkan Bukan Umno lebih awal bertiup di tanah air ini; iaitu menjelang pilihan raya umum ke-12 (8 Mac 2008).

Manifestasi pada Asalkan Bukan Umno ketika itu dapat dilihat melalui perhimpunan Protes, Bersih 1.0 dan Hindraf. Impak berantainya, lahirlah Tsunami Politik.

Semua ini berlaku sebelum meletusnya Revolusi Arab (Arab Spring) di Tunisia, Mesir, Libya, Syria dan Yaman.

Semua ini berlaku disebabkan semua kita, tidak kira secara langsung atau sebaliknya, telahpun menggigit Asalkan Bukan Umno sekuat-kuatnya tanpa mengira warna kaum, warna parti, warna pekerjaan, secara diam atau terbuka.

Asalkan Bukan Umno telah menumbangkan Umno Barisan Nasional di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak walaupun didakwa kudeta kemudiannya berlaku di Perak.

Sesungguhnya, Asalkan Bukan Umno telah mengukuhkan tapak sokongan rakyat terhadap PAS di Kelantan.

Sesungguhnya, Asalkan Bukan Umno telah memakmurkan Kedah, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

Sesungguhnya, Asalkan Bukan Umno telah membawa negeri-negeri berkenaan Ke Arah Era Rakyat.

Allahyarham Sa’aid bin Mat Hassan dipukul sampai mati. Adik Aminurrasyid Amzah ditembak sampai mati. Teoh Beng Hock dibunuh keita dalam proses siasatan SPRM. A Kugan dibunuh dalam lokap polis. Altantuya Sharibuu mati diletupkan dengan C4. Kalau tidak sekarang ASALKAN BUKAN UMNO, bila lagi? - Blog Chegubard

.........................................................................

SALAH UMNO


Allahyarham Sa’aid bin Mat Hassan kes seludup dgn Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor, salah UMNO


Adik Aminurrasyid Amzah ditembak sampai mati oleh Lans Koperal Mohamed Ya'cob pun salah UMNO


Mendiang Teoh Beng Hock bunuh diri masa siasatan SPRM, sampai ahli DAP sendiri cakap DAP harus bertanggungjawap sampai mendiang bunuh diri pun salah UMNO.


Altantuya Sharibuu mati diletupkan dengan C4. Cerita dikarang oleh Raja Petra, Raja Petra dah buat statement yg mangkuk ni disuruh untuk letupkan cerita ni. Dia pun tak tau hujung pangkal. TV3 dah keluarkan rakaman temubual dengan Raja Petra. Pun salah UMNO JUGAK.

Perghh...double bebal. Ni lah akibat tak tengok TV1, 2 & 3. Banyak sangat tengok TV Siam.


ASAL BUKAN UMNO ( ABU )

Blog chegubard ( penjual pen Al-Quran elektronik & buku cerita dan pakar nyonyot yang berjuang atas tiket menuntut keadilan rakyat sambil2 nyonyot duit sumbangan.



Bukti dari blog chegubard ( sapa yg nak derma, no akaun dah ada )


Yg ni kalau korang takda akaun Hong Leong, boleh pakai Maybank


Haaa... yang ni siap gambar. Kena derma banyak sikit.


Yang ni plak lagi best, iklan pen yang dia jual. RM450 aje.Siap tulis kebenaran Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri. Keh3x... Engkau bole kaw tim dengan D.S. Hishamuddin? Oii? Tak malu ke?

KENAPA PERLU BAWA IDEOLOGI YAHUDI?

OK lah. Serius sikit. Menceritakan atas apa sebab BABUN ni wujudkan kelab ABU ( Asal Bukan UMNO ).

Asalkan Bukan Ben Ali
Asalkan Bukan Mubarak
Asalkan bukan Gadaffi
Asalkan bukan Keluarga Asad
Asalkan bukan UMNO

Bila dah dibaca petikan blog atas, aku rumuskan yang geng ABU ni adalah PROJEK GILA BABI. Main sondol je. Asal nampak cacing, sondol. Asal nampak tanah je...sondol. Sampaikan stor kunyit pun diaorang sondol.

Kita toleh ke arah negara Arab seketika untuk cuba memahami situasi tersebut. Arab didorong untuk berbunuhan sesama sendiri, begitu juga Melayu akan dihasut untuk berbunuhan sesama Melayu. Fakta terbaik, kita boleh renungkan peristiwa Libya. Kesudahannya hampir pasti. Apa perasaan anda? Mungkin ada yang tidak pernah ambil peduli kerana ia masalah negara Arab. Ada sedikit yang rasa gembira kerana tumbangnya seorang pemimpin zalim..  persoalannya, adakah benar...?.

Pendokong sekular bersorak kerana demokrasi sekular bakal menerajui Libya. Ada pula telah melupakannya atau menganggap ia hanyalah krisis biasa. Aku bagi contoh negara Libya. LIBYA sebenar bukanlah seperti yang dilaporkan oleh media. Tangan Hitam telah menjadikan Gaddafi sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi. Membangunkan emosi orang Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media antara bangsa dikerah untuk membuat liputan berat sebelah. Seluruh negara Arab bergolak (digolakkan) untuk memudahkan penipuan atau menyembunyikan "Hakikat Sebenar" matlamat mereka dari diketahui dunia. Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh yang sangat menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah pun dikuburkan iaitu Saddam Hussein.

Untuk mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya mengucar kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja Arab telah diselamatkan melalui beberapa kaedah yang pelik diterajui oleh kerajaan Wahhabiah Saud Arabia.

Setelah Tunisia, kekacauan meletus di Mesir pula. Semua ini adalah gimik dan Hosni Mubarak dijadikan "kambing Hitam" untuk menutup niat mereka sebenar. Tak perlu NATO atau boss mereka USA membuat serangan tentera menjatuhkan Hosni Mubarak. Cukup dengan peranan beberapa proksi sahaja.

Dalam waktu yang sama rakyat Libya dihasut melalui sentimen dan keghairahan untuk menukar kerajaan. Peristiwa di Mesir dijadikan contoh dan ikutan. Mereka dipacu oleh agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD meniupkan sentimen anti pemerintah.

Kaedah yang digunakan seiras dengan apa yang telah digariskan dalam protokol zionis dan perancangan rahsia Illuminati. Malangnya rakyat Libya telah dikeliru malah begitu mudah dihasut melalui pelbagai maklumat palsu yang dibangunkan secara sistematik supaya membenci Gaddafi. Peranan Facebook dan media alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat propaganda terbaik bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel sebagai alat kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak pemerintah atau alat propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya mengabaikannya. Hal yang sama sedang menular di negara ini.

Senjata utama siri kejatuhan negara Islam ini ialah "PEMBOHONGAN". Pembohongan bermaksud "Dusta" itu adalah gelaran yang senonim dengan Dajjal Laknatullah. Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan hilang kewarasannya.

Apabila terpengaruh dengan janji manis untuk hidup bebas (tanpa had) seperti masyarakat Barat, Demokrasi dimomokkan sebagai sesuatu yang amat indah, untuk itu rakyat Libya sanggup mengorbankan segalanya.

Seperti mana Iraq. Barat membina helah, membantu mempercepatkan kemusnahan dengan pelbagai sekatan dan ugutan. Bertujuan untuk melemahkan Gaddafi. Akibatnya rakyat menjadi mangsa. Hidup menderita dan mengalami kesusahan. Pada waktu ini terhamburlah janji "Gunung Roti" bakal dinikamati dan ia ditawarkan sebagai ganjaran jika membuang pemerintah sedia ada. Ingatlah mereka mencipta masalah diikuti tawaran penyelesaian. Bagi sesiapa yang sudah memahami perancangan zionis " The Protocols of the Elders of Zion" perkara ini bukanlan sesuatu yang ganjil.

Itulah keadaan sebenar yang berlaku yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Nasib yang sama bakal dilalui oleh semua negara Islam. Tidak terkecuali Malaysia dan Indonesia. Dajjal tidak akan membenarkan Islam dan segala sistemnya diketengahkan. Para pemimpin negara Islam yang degil haruslah bersedia untuk mati atau hidup dalam penjara kerana dunia kini milik Dajjal.



Sesi soal jawab :

1. Apakah tujuan utama ABU ditubuhkan?
    A. Untuk penuhkan poket dengan kutipan derma
    B. Promosi jualan Pen Elektronik
    C. Mengumpul penyokong bebal & baral
    D. Saja2 nak bagi tau dorang yang idea ABU ni adalah ideologi Yahudi

Sekian terima kasih.

1 comment: