1. Ada 2 perkara yang menyebabkan Kelantan tidak layak dapat royalti minyak iaitu jarak & lokasi.
2. Lokasi minyak yang disebutkan itu terletak di sempadan Thailand. Ia dipanggil Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA), di mana kerajaan Kelantan perlu mendapat persetujuan Thailand sekiranya memerlukan royalti minyak.
3. Dalam Petroleum Act kita menyatakan, negeri boleh dapat royalti jika semuanya berada dalam perairan Malaysia. Adakah Joint Development Area (JDA) ini dalam perairan Malaysia sepenuhnya? - * Petroleum Act 1974 di bawah tajuk Ownership, perkara 2, barisan 3
4. Oleh kerana bertindih dengan Thailand maka secara automatik ia jadi MTJA. Ini bermakna Kelantan perlu minta dari Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA).
5. Sarawak, Sabah & Terengganu boleh mendapat royalti kerana lokasinya dalam lingkungan perairan Malaysia.
6. Kalau Malaysia membenarkan Kelantan tuntut royalti minyak, Thailand pun kena berikan kepada Songkla, Pattani & Narathiwat. Maka Thailand kena berkongsi lebih banyak dari Malaysia. Maka juga MTAJ secara dasarnya tidak akan bersetuju.
Lokasi Kordinat
Perkongsian sempadan.
Ini adalah keratan rentas (cross section) Geologi iaitu JDA di kawasan bertindih. Minyak yang bertakung area A-18 itu bersambung terus dari Thailand. Thailand ada hak yang cukup kuat untuk buat tuntutan.
GEMBAR-GEMBUR
Ini yang sibut diceritakan mengenai perkongsian Petronas Carigali Hess dengan PC JDA Ltd. PC JDA Ltd itu sebenarnya adalah KONTRAKTOR & tiada kena mengena dengan royalti minyak pun.
Carta menunjukan perkongsian pengurusan sumber Malaysia-Thailand
Ahli Lembaga MTJA
APA HAK KELANTAN?
Kalau Kelantan serius nak royalti minyak, Kelantan kena pergi mohon dengan MTJA & bukan memporak-perandakan dengan Petroleum Act 1974.
Sekiranya Kelantan serius untuk mendapatkan hak minyak, Kelantan perlu berunding secara profesional dengan Petronas untuk beroperasi di Kelantan. Itu pun kalau Petronas terbuka hati melabur di sana... sebab selama ini puak mereka tak putus-putus maki hamun Petronas dalam ceramah. Mungkin juga mereka telah terbiasa mengharapkan pemberian orang seperti pungutan derma yang setiap kali dibuat dalam ceramah-ceramah atau drama derma terkini untuk membina lebuhraya rakyat.
Jom kita layan lagi lagu dari K-Pop Muslimat PAS,
The Bijik Group
No comments:
Post a Comment