Friday 27 September 2013

MAKAN TIDUR MAKAN TIDUR



Mula-mula Polis Raja Di Malaysia


Lepas tu Bos sendiri pun tak kenal..


DS Ismail Sabri sudah jadi Menteri Pertanian Asas Tani

Wednesday 18 September 2013

POPULARITI ATAU LIABILITI

Faham lah aku maksud
"JAWATAN TAK BOLEH DIPERTANDINGKAN"

Dengarlah suara akar umbi.
Jangan main cakap dengar sahaja.

Tuesday 17 September 2013

SERIUS GEMPAR!

Macam cerita Hindustan la bunyinya. Adik Abang yang sudah lama terpisah. Aku malas nak cerita. Patutla mati-matian puja Komunis. Terpulanglah pada korang semua...


Kredit pada kawan aku, Medeck yang wassup gambar ni. Comey rambut..

Tuesday 3 September 2013

20 SEN HARGA KECEWA

Melayu yang kecewa


Sudah sampai masanya Melayu bangun. Pandang pada dunia sekarang dalam kehidupan sebenar. Sudah tiada masanya lagi nak MENGEMPENG BAWAH KETIAK KERAJAAN. Subsidi minyak 20 sen yang ditarik balik tu bukan ditarik semua. Ada lagi 60 sen yang ditinggalkan. 60 sen tu sebenarnya subsidi. Tak kekal. Subsidi tu kita dapat bila kita tuang minyak. Subsidi minyak tu bukannya untuk orang melayu sahaja. Untuk semua pengguna. Aku tengok 20 sen punya hal ni pun sampai yang claim mereka tu GAGAH PERKASA naik menyeman macam gaji bulanan kena potong pulak sehinggakan Suhaimi Baba pun dia bawak terbabit sama. Tu baru subsidi minyak.

KERAJAAN NAK MENGAJAR KITA

Bila 20 sen kena tarik, janganlah menyeman macam orang gila talak. Lihatlah pada kawan-kawan cina di sekeliling kita. Belajar dalam sekolah yang sama. Membesar sama-sama. Hak lain-lain. Keistimewaan tak sama. Tapi bila dah besar kenapa mereka lebih kaya dari kita? Pada aku jawapannya mudah sahaja. Dari kecil mereka didedahkan tidak bergantung dan tak mengharapkan keistimewaan khusus untuk mereka. Sebab tu lah 20 sen mereka boleh jadikan RM2. RM2 boleh jadikan RM20. RM20 boleh jadikan RM200. Tu usaha sendiri. Bukan bergantung pada gaji bulan atau BRIM atau subsidi 20 sen.

MELAYU YANG KECEWA

Berbalik pada 20 sen tadi. Banggakah aku nak menceritakan pada anak cucu aku bahawa aku sangat kecewa bila kerajaan tarik balik subsidi 20 sen?? Yang waras dan bijak berfikir pasti tahu jawapannya.

Didiklah anak bangsa dengan tidak bergantung pada hak dan keistimewaan sahaja. Didiklah mereka untuk berusaha sepertimana bangsa-bangsa lain buat. Inilah ilmu yang akan kita tinggalkan pada mereka kelak.