Tuesday 31 July 2012

JOHOR DARUL TAKZIM

Saya perempuan Mulut Longkang
( Dayangku Intan )

JOHOR
“Saya tak sangka negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya-raya, pesat membangun rupa-rupanya indah khabar dari rupa,” ujar artis Dayangku Intan kepada Harakah.

Dayangku Intan kini berada di Johor sejak tiga minggu lalu bersama PKR negeri itu untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin di negeri itu.

Katanya, rakyat negeri itu walaupun kawasan bandar hidup mereka begitu dhaif, lebih miskin dari masyarakat Kelantan.

“Saya heran media dan pemimpin BN dok kutuk Kelantan kononnya negeri itu dikatakan miskin, rakyat susah, tetapi sepanjang tiga minggu Intan di beberapa kawasan di negeri ini, sebenarnya indah khabar dari rupa. 

“Negeri kaya, kaya dengan rasuah nak buat apa, tentu tak berkat,”ujarnya. 

Menurutnya, dengan pendapatan RM150 sebulan sumbangan kerajaan negeri, mana mencukupi untuk mereka menyara hidup sebulan, apa lagi dengan harga barangan keperluan semakin tinggi.

Sambungnya, berlainan Kelantan negeri miskin tetapi rakyatnya kaya raya kerana keberkatan pemimpinnya yang berlandaskan Islam disamping menjaga harta rakyat. 

Jawapan ada di sini :


Monday 30 July 2012

Lagu Bulan & Matahari


Kita layan lagu...zass..



Macam malam ikut siang,
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang,
Janji Kita ditepati


Kata Kita dikota,
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela,
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati,
Kini masa balas budi


(Chorus)
Janji siapa? Janji kita,
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita,
Janji apa? Janji 1Malaysia


Ini janji kita BR1M 1Malaysia,
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia,
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia,
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

Bab ni pulak aku malas nak mengomen banyak2. Kenapa pilih Bulan & Matahari? Aku nak tulis pun dah serabut. Kang ngomen banyak2 tak terima. Cuma lain kali utamakan kualiti ler.. Kualiti lirik, lagu & logo skali. Yang penting kesan pada semua ini sudah bagi satu bola tanggung pada mereka. Lagi senang mereka merosakan otak pengikut mereka yang telah rosak. Aku tak cakap benda ni merosakan penyokong BN, aku cakap merosakkan otak pengikut mereka yang telah rosak.


Aku rasa kalau Pakcik2 & Makcik2 yang muda sikit dari Menteri ni nyanyi, mau kena standby tangki oksigen. Ni bukan lagu K POP der. Ni lagu tema hari kebangsaan ke 55, tahun yang teramat getir untuk kerajaan yang ada sekarang ni. Alangkah manisnya diselitkan ayat-ayat kemerdekaan atau kebangsaan sepertimana yg sahabat aku dari sungai koyan bagitau. Apa pun, ini hanyalah sekadar lagu. Benda kecil yang tidak menggugat negara & komen aku kat atas tu sebab aku seorang rakyat jujur & ikhlas.

>>Tutup cerita<<

Dah la... aku malas nak mengomen banyak2. Cuma aku bagi tau kat diri aku,
Aku tetap sokong Barisan Nasional disebabkan mereka telah membawa Malaysia sampai ke tahap yang membanggakan. Memperjuangkan nasib rakyat. Adil & Amanah. Yang tak amanah adalah agensi yang berwajib yang sepatutnya membawa mereka2 yang difikirkan tak amanah ini ke muka pengadilan tidak kira pangkat atau darjat sebab kamu dibayar gaji untuk menangkap & membicarakan mereka.

Saturday 28 July 2012

Apabila Auwwww!!! Bersuara...



Keratan Harakah :

..................................................
SAMM Cadang Boikot Sambutan Kemerdekaan Edisi Ke-55


PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencadangkan rakyat negara ini memboikot smbutan Hari Merdeka tahun ini kerana didakwa dicemari oleh kepentingan politik kepartian Umno BN.

Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin berkata, tema hari kebangsaan ‘Janji Ditepati’ yang diambil daripada tema Jelajah BN adalah secara jelas mempolitikkan sambutan Hari Kemerdekaan pada kali ini.

Sedangkan katanya, sambutan Hari Kemerdekaan adalah hak seluruh rakyat negara ini merentasi batasan politik kepartian mahupun agama dan bangsa.

“Lebih baik sekiranya regim (Umno-BN) terus menggunakan tema ‘Undilan BN’ sempena menghampiri tempoh mati bagi parlimen dibubarkan dan seterusnya pilihanraya dijalankan.

“Oleh itu kami menyeru semua anak muda dan rakyat prihatin agar turut memboikot sambutan kemerdekaan yang menjadi medan politik kepartian regim BN,” katanya dalam satu kenyataan media.
...................................................


Keratan HarMungkin SAMM Auwww..!! tak ingat tema-tema hari kebangsaan yang lepas.

2011 : 1MALAYSIA TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA
2010 : 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
2009 : 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Atau "DEWA" SAMM dah panas bontot & telinga dengan slogan hari kebangsaan tahun ini.t Sambutan Kemerdekaan Edisi Ke-55

Ikhlas la... aku teringin jugak nak tengok puak2 ni boikot Hari Kemerdekaan. Harap2 semua negeri PAKATAN menyambut baik seruan SAMM Auwww untuk boikot hari kebangsaan tahun ini demi menunjukan mereka tak tahan malu sampai muka jadi macam muka ikan tebal pipi  dengan slogan JANJI DITEPATI.

Aksi SAMM mandi pantai sebab terlalu panas dengan slogan Janji Ditepati.

AJK tertinggi SAMM Auwww!!

Thursday 26 July 2012

Inikah yang Kerajaan mampu?


Aku terpanggil selepas membaca beberapa blog yang mengeluarkan keratan akhbar suara keadilan tentang Tren Komuter canggih KTMB yang tiada cermin sisi.






Di sini aku ingin menambah lagi berkenaan Komuter tersebut. Dengan harga jutaan ringgit termasuk kos pembinaan dan fasiliti hebat apalah sangat kalau PM meluluskan untuk semua komuter tersebut menggunakan tayar tubeless Michelin atau Falken. Sungguh kecewa melihat Komuter, tren dan keretapi sekarang masih menggunakan tayar besi.


Luahan hati Mat Kacau.

Monday 23 July 2012

Grafik Designer Tersohor Kerajaan

Salam semua, lepas abis solat tarawikh aku ronda2 la dalam dunia cyber ni. Belek punya belek, terbaca la kat blog headbomb. Aku tak puas hati terus buka web site :

dan

Adus... macam lakhanat rupanya. Aku ingat PAS aje parti zaman batu. Rupanya dah ada geng! Nah, aku share la logo rekaan Grafik Designer tersohor kerajaan.

Serius beb! Nak nangis pun ada rasa sekarang ni. Macam kenyang buka tadi boleh bawa ke sahur. Adoi. Tolong la... Macam lakhanat la logo kau ni. Ko ni dah boleh pencen bro..
Serius bro. Ni standard budak darjah 6.

Sunday 22 July 2012

Kredibiliti Ustaz Didikan PAS

Dalam salah satu sesi debat, Ustaz Nasrudin Tantawi, Ketua Pemuda PAS telah mempertikaikan MCA yang menyerang serta mempersoalkan hukum hudud dan tiada maklum balas dari orang UMNO. Dengan tenang, ustaz Fathul Bari menyambut bahawa, Karpal Singh juga menyatakan perkara yang sama supaya melangkah mayatnya terlebih dahulu.

Dek kerana tersepit, dan mungkin juga sebab malu dibidas dengan kenyataan Karpal Singh, Nasrudin Tantawi terpaksa menggunakan pendekatan reka cerita kanak-kanak dengan menjual nama karpal Singh.

"Karpal Singh dia kata...dia kata langkah mayat saya tu hok 20 tahun dulu dan dia pun beritahu itu ucapan saya 20 tahun dulu. Sekarang, dalam Konvensyen PR di Pulau Pinang baru-baru ni..katanya, setelah saya berkawan dengan PAS, saya tengok HUDUD, masalah HUDUD ialah kita boleh bincang semula....”

Itu kata Nasrudin.

Apa pula kata Karpal.??

Wartawan NST dalam satu perbualan telefon bersama Karpal untuk mengesahkan perkara ini terkejut kerana Karpal kedengaran berang dengan kenyataan Nasrudin yang dilihat sebagai menjual namanya. 

“I will NEVER compromise,” said Karpal in a telephone interview with the New Straits
Times.“I have always been very public and absolute on my stand to never have hudud implemented in the country... how then can he (Nasrudin) claim such a thing?”
said the DAP stalwart, who is well known for his strong opposition to any attempt to introduce Islamic laws in this country.

Komen UFB

Saturday 21 July 2012

Tebaik Dari Ulama UMNO

Aku dah banyak kali ulang tengok debat ni. Memang class..
Agak malu buat PAS yang selama ini mendabik dada dengan parti Islam yang
dicanangnya terlalu hebat tapi pada malam tersebut tak lari pada hanya
sifat-sifat sebuah parti politik layak di bolakan oleh sekutunya..
Layan...


SIMPATI UNTUK PEMUDA PAS.
0.000001 % hudud-Hadi Awang

Thursday 19 July 2012

KISAH ORANG MINYAK


1. Ada 2 perkara yang menyebabkan Kelantan tidak layak dapat royalti minyak iaitu jarak & lokasi.

2. Lokasi minyak yang disebutkan itu terletak di sempadan Thailand. Ia dipanggil Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA), di mana kerajaan Kelantan perlu mendapat persetujuan Thailand sekiranya memerlukan royalti minyak.

3. Dalam Petroleum Act kita menyatakan, negeri boleh dapat royalti jika semuanya berada dalam perairan Malaysia. Adakah Joint Development Area (JDA) ini dalam perairan Malaysia sepenuhnya? - * Petroleum Act 1974 di bawah tajuk Ownership, perkara 2, barisan 3

4. Oleh kerana  bertindih dengan Thailand maka secara automatik ia jadi MTJA. Ini bermakna Kelantan perlu minta dari Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA).


5. Sarawak, Sabah & Terengganu boleh mendapat royalti kerana lokasinya dalam lingkungan perairan Malaysia.

6. Kalau Malaysia membenarkan Kelantan tuntut royalti minyak, Thailand pun kena berikan kepada Songkla, Pattani & Narathiwat. Maka Thailand kena berkongsi lebih banyak dari Malaysia. Maka juga MTAJ secara dasarnya tidak akan bersetuju.

Lokasi Kordinat

Perkongsian sempadan.


Ini adalah keratan rentas (cross section) Geologi iaitu JDA di kawasan bertindih. Minyak yang bertakung area A-18 itu bersambung terus dari Thailand. Thailand ada hak yang cukup kuat untuk buat tuntutan.

GEMBAR-GEMBUR

Ini yang sibut diceritakan mengenai perkongsian Petronas Carigali Hess dengan PC JDA Ltd. PC JDA Ltd itu sebenarnya adalah KONTRAKTOR & tiada kena mengena dengan royalti minyak pun.

Carta menunjukan perkongsian pengurusan sumber Malaysia-Thailand

Ahli Lembaga MTJA

APA HAK KELANTAN?

Kalau Kelantan serius nak royalti minyak, Kelantan kena pergi mohon dengan MTJA & bukan  memporak-perandakan dengan Petroleum Act 1974.

Sekiranya Kelantan serius untuk mendapatkan hak minyak, Kelantan perlu berunding secara profesional dengan Petronas untuk beroperasi di Kelantan. Itu pun kalau Petronas terbuka hati melabur di sana... sebab selama ini puak mereka tak putus-putus maki hamun Petronas dalam ceramah. Mungkin juga mereka telah terbiasa mengharapkan pemberian orang seperti pungutan derma yang setiap kali dibuat dalam ceramah-ceramah atau drama derma terkini untuk membina lebuhraya rakyat.

Jom kita layan lagi lagu dari K-Pop Muslimat PAS,

The Bijik Group

Monday 16 July 2012

The Bijik Group

UMNO Kelantan utamakan maksiat kerana jemput Siti Nurhaliza
Kerajaan negeri Kelantan tidak membenarkan wanita
negeri itu menyertai tilawah Al-Quran
Perempuan tidak boleh bekerja malam di Kelantan
Perempuan cantik tak perlu kerja
Orang perempuan tidak boleh jadi pemimpin


Hasilnya..!

Memperkenalkan! Kumpulan Muslimat PAS terunggul..

THE BIJIK GROUP


PAS BOLEH!!

Saturday 14 July 2012

FELDA PENYEBAB PAS SAWAN BABI

Presiden sonsang yang bakal kena sawan OREN

Apa yang aku nampak pada keGILAan Mazlan, ANAK & PAS dalam isu kononnya nak selamatkan FELDA dari bankrup yang tak bankrup2 hanyalah tak lain dari mulut-mulut yang ternganga dengan air liur yang meleleh. Sekarang ni pulak Pok Nik, Hadi, Mat Sabu dan penyapu2 lain pun dah beriya-iya nak selamatkan FELDA walaupun penyamun-penyamun ini bukan warga FELDA.


Rekod : Mat Sabu adalah peneroka FELDA kat Kedah dulu masa zaman2 komunis

Nizar ni pun orang FELDA jugak. Kalau tak caya tanya Nik Ajis.




Yang ni pulak sukarelawan DUNGGU tahap tapak kaki.

Ni lah Melayu2 acuan PAS Kelantan.
Sebuah negeri termundur dalam Malaysia
Purata penghidap AIDS tertinggi
Kemiskinan melampau
Kegagalan ladang rakyat
Juara kutip derma
Memiliki Menteri Besar seumur hidup

..dengan tidak segan silu berTAKBIRRRR nak selamatkan FELDA.

Sebab?

Kalau Pakatan menang..
...dengan mulut ternganga + air liur meleleh sambil peluk lutut Karpal Sing & Kit Siang, mereka ni berangan agar FELDA diserahkan pada PAS untuk diuruskan..

Sebab?

...dulu PAS lah yang bermatian memperjuangkan nasib FELDA. PAS lah banyak berjasa pada FELDA. Peneroka dalam Malaysia ni semuanya sayang PAS.

Sebab?

FELDA lubuk DUIT.
PAS akan sawan babi bila dengar nama FELDA.
Sebab tu PAS bubuh nama OREN.
Kalau bubuh nama Himpunan Sawit,
semua peserta himpunan sawan babi.

PAS 4 DUNGU

Monday 9 July 2012

GILA OH GILA




PUTRAJAYA


Begitulah persoalan yang timbul apabila seorang wanita dan lelaki tiba-tiba cuba menceroboh Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini sambil membawa pedang samurai!


Kekecohan bermula apabila mereka berdua kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang tadi.


Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam .
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.


Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.


Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan. Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri.


Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.


Sehingga laporan ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pakailah serban dan kopiah sebesar manapun...


Pada 24 Jun 2012, dengan niat baik, saya menerima jemputan menjadi tetamu dan panel Wacana Perdana PRU 13: Masa depan Islam, anjuran Kerajaan negeri Kelantan, bersama dengan panel gandingan lain Dr Fadzli (exco Kerajaan Negeri Kelantan), Ustaz Fathul Bari (ulamak muda UMNO), dan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, dipengerusikan Amin Idris (TV9).

Apa yang mengejutkan adalah tingkah laku sebahagian peserta yang hadir membanjiri Balai Islam, Kota Bharu. Tingkah laku mereka yang bersorak, menjerit-jerit, mengejek, tidak meraikan perbezaan dan sebagainya, langsung tidak mencerminkan akhlak Islam. Begitu mengejutkan! mengalahkan wacana bukan Islam yang pernah saya hadiri. Inikah yang dikatakan rakyat Serambi Mekah?

Hilang sudahkah ajaran ‘tok guru’ yang selama ini mereka pelajari? Saya dan Fathul Bari, seolah-olah tidak diberikan ruang untuk berhujah. Mereka tidak dapat menerima perbezaan pendapat. Sedangkan kami hanya berkata benar.

Isu partisan langsung tidak dibangkitkan, kecuali Dr Fadzli. Apakah ini dinamakan fanatik atau taksub sehingga menyangkakan mereka yang betul, orang lain salah? Fanatik bermakna sikap yang keterlaluan dan melampau dalam sesuatu pegangan atau pendirian yang biasanya berkaitan dengan keagamaan.

Tidakkah kita sepatutnya berlapang dada dan fikiran serta sabar yakni tasamuh atau bertoleransi? Beberapa saya ingatkan, apabila berhujah, bincangkan apa yang betul, apa yang salah kerana itu akan membawa kebaikan dan meningkatkan minda. Bukannya menuding jari siapa betul, siapa salah, kerana ia hanya akan mengkerdilkan minda.

Ingatlah wahai umatku! sikap fanatik dan taksub adalah dilarang oleh Allah S.W.T. terhadap umat yang dahulu seperti yang ditujukan khas kepada Ahli Kitab. FirmanNya yang bermaksud:

“Katakanlah, “Wahai Ahli Kitab! janganlah kamu melampau-lampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul”. (Surah al-Ma’idah:77)

Saya lihat sebahagian besar mereka yang hadir teramat taksub dan fanatik kepada pendapat sendiri, mahu pun guru atau kumpulan mereka. Perbuatan mereka begitu melampau. Kejumudan pemikiran mereka begitu terserlah. Kebekuan pemikiran mereka tidak mampu untuk berbincang bagi membandingkan pendapat sendiri dengan pendapat orang lain, terutama dalam mengambil pendapat yang lebih kuat dalil dan alasannya.

Menurut Mohammad Kamil Majid (2011), taksub dan fanatik adalah sikap menutup pintu bagi pandangan lain yang berbeza dan berusaha untuk menidakkannya.

Sikap ini adalah pembawaan yang memandang bahawa hanya diri sendiri atau kumpulannya sahaja yang betul. Malah secara berani menuduh orang yang berlainan pendapat darinya sebagai jahil, bodoh, fasiq dan derhaka. Seolah-olah menjadikan diri sendiri sebagai nabi yang maksum dan perkataannya sebagai firman yang diturunkan.

Sikap taksub dan fanatik ini dikutuk kerana, ia mengikat orang lain dengannya dan menafikan peranan orang lain. Justeru itu, mana-mana orang atau kumpulan yang taksub dan fanatik tidak mungkin bertemu dengan pihak lain.

Sikap taksub dan fanatik ini dikutuk kerana, ia mengikat orang lain dengannya dan menafikan peranan orang lain. Justeru itu, mana-mana orang atau kumpulan yang taksub dan fanatik tidak mungkin bertemu dengan pihak lain.

Keadaan akan menjadi lebih buruk, apabila ia mahu mewajibkan pandangannya ke atas orang lain dengan kekerasan seperti mengutuk dan menuduh orang lain melakukan tidak betul, bidaah, kufur dan keluar dari agama. Fenomena ketaksuban juga boleh berlaku apabila ada golongan yang mengkafirkan masyarakat secara menyeluruh, kecuali mereka yang berpegang kepada prinsip mereka atau menganggotai jemaah mereka sahaja.

Ketaksuban ini boleh membawa kepada menghalalkan darah dan harta orang yang di luar jamaah, kerana telah dianggap murtad dan kufur. Golongan melampau juga akan memperlihatkan sikap pra-sangka buruk kepada pihak lain. Lebih banyak menuduh dan menghukum dari memberi nasihat dan pengajaran.

Kekerasan bersenjata mungkin digunakan terhadap perkara yang mereka anggap batil. Selalunya ia ditujukan kepada pemerintah yang tidak melaksanakan hukum seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT atau menangguhkan pelaksanaan syariat dan menggantikannya dengan hukuman ciptaan manusia.

Golongan ini akan melancarkan jihad terhadap sesiapa yang enggan menunaikan hukum Islam (Mohammad Kamil, 2011). Pada saya, inilah sebenarnya yang menjadi punca kemunduran umat Islam ialah kerana salah faham umat Islam terhadap akidah mereka.

Dalam hal ini, bukan akidah itu yang salah, tetapi cara memahami akidah itu yang salah. Di manakah sikap kesederhaaan (berimbang) atau wasatiyyah yang sepatutnya menjadi pegangan kita semua? Lebih menyedihkan lagi, mereka bersorak dan mengejek-ngejek ketika ayat-ayat Quran dan Hadis dibacakan.

Maka benarlah kata-kata Syaikh Al-Albani yang mengatakan, umat Islam masa kini, semakin jauh tersasar. Mereka hanya berpegang kepada pendapat pemimpin mereka. Tatkala terjadi perselisihan, pendirian mereka pada dasarnya kembali kepada pemimpin mereka, jika ada ayat yang sesuai, mereka ambil, jika tidak, mereka sisihkan.

Saya ingatkan pimpinan negeri Kelantan, sebagai pemimpin umat Islam hari ini, hendaklah berhati-hati dalam memimpin anak buahnya agar jangan sampai menjadi penyebab kerosakan umat. Mereka hendaklah takut kepada Allah SWT. Bacalah surah Ibrahim : 21-22, Al-Ghafir : 47-48, dan As-Saba’ : 31-33. Mudah-mudahan Allah SWT memberi petunjuk kepada kita semua, menjadi pemimpin yang mengajak umat ke jalan benar dan hak, bukannya batil.

Bagaimanakah kita sebagai satu umat itu boleh maju ke hadapan, apa tah lagi boleh memimpin umat Islam, jika kita asyik berpecah belah sesama sendiri? Saling bermusuhan dalam perkara titik bengik dan hilang pertimbangan, kerana rasa fanatik dan taksub kepada pegangan dan ajaran masing-masing.

Kenapa dengan bukan Islam kita begitu berlembut, sedangkan sudah jelas mereka menentang Islam? Apakah kita menjangka mereka akan memeluk Islam dengan menggadaikan prinsip dan maruah? Tidak boleh dibezakan antara kafir harbi dan kafir zimmi? Saya masih ketika mengikuti kuliah-kuliah Pas dahulu, bertepuk tangan itu dalam majlis seolah-olah haram.

Hari ini mereka terlebih bertepuk daripada UMNO sendiri. Apakah makna semua ini? Itupun mereka masih terus menuding jari kepada Umno tanpa mahu muhasabah kepada diri sendiri?

Kesimpulannya, mereka yang saya perkatakan ini sebenarnya keliru dan tidak boleh membezakan antara tugas pemerintah dengan tugas individu atau rakyat marhaen.

Mereka tidak dapat membezakan antara ajaran tok guru dengan ajaran Islam yang sebenar. Semua yang dilakukan oleh tok guru, seolah-olah maksum. Saidina Abu Bakar RA memerangi orang yang tidak membayar zakat dan murtad adalah sebagai menjalankan tugas sebagai pemerintah. Pada peringkat individu, mereka sepatutnya melakukan amar maaruf nahi mungkar.

Mencegah kemungkaran dengan menggunakan kekuasaan tidak semestinya atas semua orang, tetapi bagi yang ada kuasa terhadap orang bawahannya. Begitulah dalam konteks negeri Kelantan. Rakyat Kelantan mesti dididik untuk berlapang dada dan bersikap terbuka menerima orang lain dan perbezaan yang wujud.

Kita tidak mahu mendengar lagi ada yang sanggup bakar stadium dan trak polis hanya kerana kalah dalam permainan bola sepak. Ini bukan lagi taksub tetapi telah diserang dengan virus Permanent Head Damaged (PHD). Tidak dinafikan saya agak sedikit beremosi ketika wacana itu, tetapi saya tidak berada dalam kelompok PHD.

Saya mungkin akan dikutuk dan diserang lagi selepas ini seperti yang dilakukan dalam you tube Wacana tersebut, yang sedang tersebar dan hangat diperkatakan. Tetapi saya mengambil sikap tidak kisah.

Puak-puak fanatik dan taksub ini boleh berkata apa sahaja tentang diri saya. Saya tidak perduli apa yang manusia mahu kata. Saya lebih peduli kepada apa yang Allah kata. Jika ada kesempatan lagi, mungkin akan pergi ke Kelantan, untuk melihat telatah-telatah PHD ini.

Mudah-mudahan dengan tersiarnya artikel ini, pihak kepemimpinan negeri Kelantan akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengurangkan dan mengatasi masalah kefanatikan dan PHD di kalangan pengikut-pengikutnya. Jika tidak, tag line “membangunkan bersama Islam” yang menjadi pegangannya, hanya akan tinggal menjadi kata-kata yang enak didengar, tetapi tidak ke mana-mana.

Pakailah serban dan kopiah sebesar manapun, tidak ada maknanya, jika akhlak kita tidak mencerminkan sunnah yang sebenar. Pendek kata, jika kita ingin membangun bersama Islam, pastikan di dalam kopiah dan serban itu tidak bersarang PHD. Jauhilah sifat fanatik dan taksub.

Prof. Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah

Saturday 7 July 2012

Tuesday 3 July 2012

SUARA ANAK HARAM

SUARAM


KUALA LUMPUR - Kewujudan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dilihat semata-mata mahu mengelirukan rakyat berikutan peranannya yang cenderung sebagai alat dalam penyebaran fitnah ke atas kepimpinan negara.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, agenda tersembunyi 'pertubuhan' itu terbukti apabila mereka tergamak mempengaruhi ahli pakatan pembangkang yang lain untuk membuat laporan palsu kepada pihak polis.

"Ini merupakan pertama kali saya tampil mendedahkan permainan dan agenda tersembunyi Suaram.

"Selama 12 tahun berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), saya ibarat tali barut Suaram.

"Suaram tidak akan bertindak atas nama syarikat mereka, sebaliknya gunakan orang lain untuk mencapai sesuatu matlamat," katanya ketika ditemui di pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah supaya Suaram menjelaskan kedudukan sebenarnya kerana semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati ia adalah syarikat swasta yang mempunyai pendapatan lebih RM900,000 dalam tempoh 2009 dan 2010.

Ramlan mendakwa, Suaram telah mempengaruhinya untuk membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Laporan polis bertarikh 21 Oktober 2008 di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi dibuat atas nama Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM).

"Antara terlibat membuat laporan pada masa itu ialah Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin; Aiman Athirah Al-Junid, Wan Mohd. Anies Wan Adham, Amin Iskandar dan saya.

"Seingat saya individu yang membuat laporan tidak dibekalkan dengan salinan laporan polis. Begitulah hebatnya rancangan Suaram untuk menjatuhkan kerajaan iaitu menerusi undang-undang dan penganjuran demonstrasi jalanan," dakwanya.