Sunday, 22 July 2012

Kredibiliti Ustaz Didikan PAS

Dalam salah satu sesi debat, Ustaz Nasrudin Tantawi, Ketua Pemuda PAS telah mempertikaikan MCA yang menyerang serta mempersoalkan hukum hudud dan tiada maklum balas dari orang UMNO. Dengan tenang, ustaz Fathul Bari menyambut bahawa, Karpal Singh juga menyatakan perkara yang sama supaya melangkah mayatnya terlebih dahulu.

Dek kerana tersepit, dan mungkin juga sebab malu dibidas dengan kenyataan Karpal Singh, Nasrudin Tantawi terpaksa menggunakan pendekatan reka cerita kanak-kanak dengan menjual nama karpal Singh.

"Karpal Singh dia kata...dia kata langkah mayat saya tu hok 20 tahun dulu dan dia pun beritahu itu ucapan saya 20 tahun dulu. Sekarang, dalam Konvensyen PR di Pulau Pinang baru-baru ni..katanya, setelah saya berkawan dengan PAS, saya tengok HUDUD, masalah HUDUD ialah kita boleh bincang semula....”

Itu kata Nasrudin.

Apa pula kata Karpal.??

Wartawan NST dalam satu perbualan telefon bersama Karpal untuk mengesahkan perkara ini terkejut kerana Karpal kedengaran berang dengan kenyataan Nasrudin yang dilihat sebagai menjual namanya. 

“I will NEVER compromise,” said Karpal in a telephone interview with the New Straits
Times.“I have always been very public and absolute on my stand to never have hudud implemented in the country... how then can he (Nasrudin) claim such a thing?”
said the DAP stalwart, who is well known for his strong opposition to any attempt to introduce Islamic laws in this country.

Komen UFB

No comments:

Post a Comment