Monday 30 July 2012

Lagu Bulan & Matahari


Kita layan lagu...zass..



Macam malam ikut siang,
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang,
Janji Kita ditepati


Kata Kita dikota,
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela,
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati,
Kini masa balas budi


(Chorus)
Janji siapa? Janji kita,
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita,
Janji apa? Janji 1Malaysia


Ini janji kita BR1M 1Malaysia,
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia,
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia,
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

Bab ni pulak aku malas nak mengomen banyak2. Kenapa pilih Bulan & Matahari? Aku nak tulis pun dah serabut. Kang ngomen banyak2 tak terima. Cuma lain kali utamakan kualiti ler.. Kualiti lirik, lagu & logo skali. Yang penting kesan pada semua ini sudah bagi satu bola tanggung pada mereka. Lagi senang mereka merosakan otak pengikut mereka yang telah rosak. Aku tak cakap benda ni merosakan penyokong BN, aku cakap merosakkan otak pengikut mereka yang telah rosak.


Aku rasa kalau Pakcik2 & Makcik2 yang muda sikit dari Menteri ni nyanyi, mau kena standby tangki oksigen. Ni bukan lagu K POP der. Ni lagu tema hari kebangsaan ke 55, tahun yang teramat getir untuk kerajaan yang ada sekarang ni. Alangkah manisnya diselitkan ayat-ayat kemerdekaan atau kebangsaan sepertimana yg sahabat aku dari sungai koyan bagitau. Apa pun, ini hanyalah sekadar lagu. Benda kecil yang tidak menggugat negara & komen aku kat atas tu sebab aku seorang rakyat jujur & ikhlas.

>>Tutup cerita<<

Dah la... aku malas nak mengomen banyak2. Cuma aku bagi tau kat diri aku,
Aku tetap sokong Barisan Nasional disebabkan mereka telah membawa Malaysia sampai ke tahap yang membanggakan. Memperjuangkan nasib rakyat. Adil & Amanah. Yang tak amanah adalah agensi yang berwajib yang sepatutnya membawa mereka2 yang difikirkan tak amanah ini ke muka pengadilan tidak kira pangkat atau darjat sebab kamu dibayar gaji untuk menangkap & membicarakan mereka.

No comments:

Post a Comment