Wednesday 25 January 2012

Mari Berbual Dengan PAS

Nik Abdul Aziz juga berkata :

1. Kerajaan negeri juga mengambil keputusan tidak membenarkan wanita menyertai tilawah al-Quran yang diadakan setiap tahun. Usaha tersebut dilakukan bagi menjaga aurat wanita dari segi suara.

2. Di Kelantan sejak 1990 lagi kita mengekang gejala tersebut di mana wanita dewasa tidak dibenarkan mempersembahkan nyanyian di depan khalayak ramai



Program Kelantan Got Talent :
Artis baru yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’ Najwa Latif bakal membuat persembahan di Kelantan sempena program ‘Kelantan Got Talent, Ladies Night’.

Program tertutup khusus untuk golongan wanita sahaja itu akan diadakan di Kelantan Trade Cantre kira-kira 2.30 petang dan pukul 8.45 malam untuk Ladies Night, pada 23 Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar (gambar) ketika memberitahu media berkata, program berkenaan dianjur bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru dalam hiburan.

“Saya sedar ramai anak-anak kita serta kaum wanita kita yang boleh menyanyi atau membuat persembahan, cuma bakat saja tidak dicungkil.

“Program ini kita anjur juga untuk menghibur kaum wanita, kerana hiburan itu fitrah manusia yang memerlukan hiburan, cuma program ini tertutup macam biasalah khusus untuk kaum wanita sahaja,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis rebranding Perdana Resort oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

Katanya lagi, majlis itu bermula jam 2.40 petang dan ianya terbuka kepada kaum wanita berusia 15 tahun ke atas, termasuk rakan media di kalangan wanita. - Harakah

Tuan Ibrahim pun nak kecek jugok..


Setiap rakyat di negeri ini akan mendapat tanah untuk lot rumah sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri pada Pilihanraya Umum ke-13.

Alahai syumul nye muka ko..
Nak menipu tu agak-agak woi..
Lubang kubor boleh la....


No comments:

Post a Comment