Monday 15 April 2013

BINGAI

Wajib Baca Kupasan
Mengapa Saya Bersungguh-sungguh
Mahu Merebut Putarajaya?

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.

# Datuk Seri Anwar Ibrahim


STATEMENT SAYA
“Saya sokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel” (I support all efforts to protect the security of the State of Israel)
:- Anwar Ibrahim, the Wall Street Journal, Thursday, 26th January 2011

UMNO MENGAMALKAN KRONISMA!!
Bini ( Wan Azizah ) : Presiden
Suami ( Anwar Ibrahim ) : Ketua Umum
Anak ( Nurul Izah ) : Naib Presiden
Tempat Mesyuarat : Dapur, ruang tamu, bilik air, bilik tidur.


UMNO DALANG TUDUHAN LIWAT
Karpal Singh adalah orang pertama yang mendedahkan perlakuan seks luar tabi'e Anwar. Jangan lupa pada 22 Oktober 1997, Karpal lah yang mendedahkan Anwar sebagai peliwat didalam Parlimen. Dan Karpal lah yang mendesak Kerajaan supaya membuuat siasatan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Karpal pada masa itu adalah peguam yang telah berjumpa dengan mangsa liwat Anwar iaitu pemandunya sendiri Azizan Abu Bakar dan juga Umi Hafilda Ali. Bukan sahaja dalam Parlimen, malah Karpal mengulangi dakwaan dia punya bukti Anwar peliwat didalam ceramah. Kata YB Wee Choo Keong, beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh mendakwa Anwar peliwat di Federal Hotel.

Malahan disebabkan pendedahan Karpal itu lah semasa PAS mengadakan ceramah di Taman Melewar, pemimpin PAS mengisytihar dan melabel Anwar dengan gelaran Al-Juburi tapi hari ni mereka pulak yang mengangkat Al-Juburi ni sebagai pemimpin agong mereka.

Tetapi yang peliknya sampai hari ni Anwar tidak pernah menyaman Karpal. Sedangkan pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Kerajaan mengambil tindakan, menyebabkan pihak polis membuat siasatan, menyebabkan pihak pendakwaraya mendakwa Anwar, dan membawa kepada Tun Dr. Mahathir memecat Anwar. Pendek kata, pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Anwar tersungkur.

DAN yang paling tidak masuk akal, bukan sahaja Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah, malahan Anwar melantik Karpal menjadi peguamnya di Mahkamah dalam kes yang sama jenisnya iaitu meliwat stafnya sendiri!

# Datuk Zulkifli Nordin

MAHATHIR PUN MENGAKU SAYA INSAN SUCI
Saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini.

Untuk makhluk yang benar-benar bebal, cubalah faham-fahamkan bahasa kiasan dan sindiran Tun Mahathir.


Tun Mahathir way of talk. Purely sacastic

MANA ADA RAHSUAH?
Pindaan telah dibuat oleh pihak Pendakwa pada 13 Jan 1999

1. "Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan dakwaan liwat seperti yang terkandung dalam "Pengakuan Bersumpahnya" bertarikh 5 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu, iaitu bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;

2. "Bahawa kamu pada 27 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar bagi menafikan dakwaan liwat seperti yang terkandung dalam "Pengakuan Bersumpahnya" bertarikh 5 Ogos 1997, yang mana mereka telah perolehi seperti yang diarahkan, dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis, untuk faedah diri kamu di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;

3. "Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997 di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan kesalahan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas, dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan dakwaan salah laku seks dan liwat seperti yang terkandung di dalam laporan sulitnya bertajuk "Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri" bertarikh 5 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu, iaitu, bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;

4. "Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47 Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu, Mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali bagi menafikan dakwaan salah laku seks dan liwat seperti yang terkandung di dalam laporan sulitnya bertajuk "Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri" bertarikh 5 Ogos 1997 yang mana mereka telah perolehi seperti yang diarahkan dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis bertarikh 29 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu sendiri di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

MANA ADA LIWAT??
Lima Tuduhan Salah Laku Seks Kes Dato' Seri Anwar Ibrahim sebelum kes Saiful Bukhari

1. "Bahawa kamu, pada satu malam April 1994 di No.8, Jalan Setia Murni 1, Hukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Hairany bin Mohd Naffis dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan".

2. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan Mei 1994 lebih kurang jam 7.45, di unit No 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Azizan bin Abu Bakar dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan".

3. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan April 1998, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di No 47, Jalan Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan".

4. "Bahawa kamu, pada satu malam bulan Mac 1993 di No.8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Munawar Ahmad Aness dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan."

5. "Bahawa kamu, pada 3 Disember 1992, antara 4.50 petang dan 5.50 petang, di bilik No. 758 di Hotel PJ Hilton, Petaling Jaya, dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah dengan sengaja melakukan persetubuhan dengan bertentangan dengan aturan tabii dengan Mior Abdul Razak bin Yahya dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan".

PEMBUNUHAN ALTANTUYA
"Di sebalik pendedahan Raja Petra itu, apa yang dapat dilihat ialah siapa sebenarnya yang menabur fitnah dan mewujudkan konspirasi mengaitkan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu".

# Anuar Shaari, Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim,

"Dia kata Pak Lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri ganti Pak Lah".

# Raja Petra Kamaruddin



Link rakaman :


DI MANA ROSMAH PADA MALAM ALTANTUYA DIBUNUH?
Rosmah Mansor berada di Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Hari Raya kepada Anak-Anak Yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2006, tarikh di mana Altantuya dibunuh.






JALAN KE LOKASI ALTANTUYA DIBUNUH
Saya dok fikir Rosmah yang berbadan besar untuk panjat bukit masuk hutan tengah-tengah malam.
# Raja Petra Kamaruddin



Bersama krew Mazidul meninjau lokasi kejadian
Jam 11.30 malam tadi, kru 666 tiba di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor. Perhatikan jalan masuk ke lokasi wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu diletupkan.


Lihat sahaja, reaksi Ahmad Adam Aliff Ahmad Aznan, Mohd Zaki Mohd dan Zulkarnain Azman ketika duduk di bahagian belakang kenderaan dipandu mengalahkan kelajuan kereta lumba F1.

Pemandu arah, menaiki motosikal, Rozali Mansor dan Daud Maksud. Perhatikan keadaan jalan dan keadaan di kiri dan kanan jalan kami lalui.









Farid bertindak sebagai jururawat sekiranya berlaku kecederaan bersesuaian














Dilaporkan ruang lapang di bawah pokok terbabit, lokasi cebisan dan daging Altantuya ditemui Unit Forensik Pasukan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2006.

Fikir-fikir dan renung-renungkan.


2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. seram weh bulu tengkuk masuk utan ni malam2

    ReplyDelete