Salam Jumaat semua. Dalam menghormati 'Jumaat' penghulu segala hari, aku buatkan posting yang cool... dipetik dari blog sahabat aku, Hazrey. Layan....
Berikut adalah kenyataan dari Aaron Aziz yang dihantar melalui isterinya, Diyana Halik sebentar tadi bagi menjawab entry Hazrey.com.
Salam Hazrey,
Pertama sekali, Alhamdulillah kerana sempat bertemu Hazrey di Sri Pentas tempohari dan tak sangka, ada wartawan yang sporting dan kita sempat bergurau biarpun waktu membatasi kita untuk berborak lebih lama. Tentunya banyak isu menarik boleh dikongsi jika masa mengizinkan.
Apapun, harap kita akan dapat bertemu sekali lagi!
Aaron ingin mengucapkan terima kasih kepada Hazrey kerana menyiarkan mengenai hasrat Aaron melalui blog Hazrey.com tentang kenyataan Aaron terhadap permohonan taraf Penduduk Tetap di tanah bertuah ini. Sememangnya, sejak mula berkecimpung dalam industri seni ini, Aaron sentiasa teruja untuk berkongsi bakat, menuntut ilmu dari mereka yang arif dalam industri di Malaysia ini.
Malah, kita sendiri tahu, Malaysia dan Singapura hanya dipisahkan oleh Selat Tebrau dan tak pernah terpisah oleh pertalian darah kita, persaudaraan kita dan ini diperkukuhkan lagi melalui jalinan pelbagai industri termasuk industri seni ini sendiri. Dan Aaron bersyukur, isteri dan anak-anak gembira berada di Malaysia sepanjang saya terlibat dengan kerjaya seni saya ini. Pada saya, tiada sempadan dalam industri seni kita ini. Dan saya bersyukur diberi peluang oleh saudara saudara saya di Malaysia untuk aktif dalam industri yang saya pandang satu industri yang sangat hebat!
Tujuan saya mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Malaysia adalah bagi memudahkan saya menjalankan aktiviti seni saya dan saya tak sampai hati melihat isteri dan anak-anak terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Singapura bagi mengecop passport kerana mereka datang ke sini menemani Aaron. Mereka adalah kekuatan saya, merekalah motivasi kepada saya dan kehadiran mereka menguatkan semangat saya untuk bekerja.
Dalam pertemuan saya dengan Hazrey Selasa lalu di bilik berita TV9 adalah satu pertemuan yang sangat saya hargai apatah lagi dapat bertemu dengan ramai lagi rakan wartawan yang tak jemu membantu Aaron dalam industri.
Sebenarnya, Aaron tak menafikan apa yang dilafazkan sebagaimana ditulis Hazrey melalui blog hari ini namun Aaron akui, Aaron tersilap kerana apa yang diucapkan adalah gurauan semata-mata kerana ketika itu kita sedang rancak berbual mengenai komen Zed Zaidi dan sempat menyelitkan gurauan.
Saya minta maaf kerana Hazrey membuat intepretasi berbeza di atas semangat Aaron yang setiap hari berdoa dan mengharapkan permohonan Aaron dapat diluluskan kerajaan Malaysia.
Untuk makluman Hazrey, permohonan Aaron belum diluluskan dan mungkin Aaron terlalu excited hingga membuatkan interpretasi berbeza diterima Hazrey dan rakan-rakan wartawan lain ketika itu.
Saya tidak menyalahkan Hazrey dan rakan-rakan kerana mendapat intepretasi yang berbeza kerana secara jujurnya, Aaron masih lagi excited untuk mendapat taraf Penduduk Tetap di negara ini. Saya akui, kadangkala keterujaan kita memungkinkan kita untuk melafazkan sesuatu di luar intepretasi mereka yang mendengar.
Apapun, Aaron sentiasa berdoa permohonan Aaron ini tidak bermasalah kerana Aaron ingin menyumbang bakat tak seberapa Aaron ini untuk saudara saudara Aaron di Malaysia ini. Ya, tak pernah Aaron anggap mereka sebagai peminat tetapi mereka adalah saudara saudara Aaron dan keluarga kerana mereka sendiri sudah menganggap Aaron dan keluarga sebahagian dari mereka.
Untuk makluman Hazrey, anak-anak Aaron yang menjadi pillar of strength Aaron dan isteri, Diyana sudahpun bersekolah di Malaysia dan mereka sangat gembira dengan persekitaran serta rakan-rakan baru mereka di sini dan ini sangat menggembirakan kami berdua.
Sekali lagi, saya mohon maaf jika kenyataan saya pada Hazrey tempohari menerima intepretasi berbeza dek rasa teruja Aaron untuk menjadi sebahagian dari saudara saudara Aaron di Malaysia ini. Dan harap Hazrey akan terus menyokong aktiviti seni Aaron pada masa akan datang!!
Salam dari saya sekeluarga.
Aaron Aziz
12 April 2012
Kuala Lumpur
Hazrey & Aaron
"Saya tak kisah, kalau dia nak ambil gambar dengan trofi saya." Aku gelak sungguh sungguh dengan statement Aaron itu. Dan memandangkan Zed Zaidi tiada di situ, aku terpaksa mewakilkan Zed.
Ok Zed, kau boleh posing macam ni. Aaron tak kisah. Tak caya, tengok gambar atas ni. Sebenarnya gambar atas ni tiada niat lain selain untuk riak dengan korang. Maafkan aku. Siapalah aku tanpa kejelesan korang. Cakaplah jeles please.
.........................................................................................................................................
Posting dari Hazrey sebelum ini :
Selasa lalu, kecoh satu dunia, dunia yang memahami Bahasa Malaysia dan dunia yang pernah menonton Ombak Rindu dan Sembilu, tentang industri drama dan perfileman di negara ini. The magic word is 'menyatukan'. bagaimana seorang Timbalan Presiden sebuah persatuan yang berniat menyatukan semua pemain
Aku tak mahu komen lebih lebih sebab pelakon favourite aku - Presiden Seniman, Harun Salim Bachik dah pun beritahu pada Zed Zaidi - jangan lebih-lebih, maka aku pun akan ikut nasihat Abang Harun - jangan lebih lebih pasal komen Zed Zaidi.
Tapi, sikit jek aku nak komen pasal kenyataan Zed Zaidi tu. Kata Abang Harun, itu pendapat peribadi dia dan aku setuju. Dan aku juga akan setuju kalau Zed Zaidi letak jawatan sebab kredibiliti dia sebagai seorang Timbalan Presiden boleh dipersoalkan, apatah lagi bila dia letak poster parody Ombak Rindu menggunakan wajah Mr Bean melalui teknik superimpose pada wajah Aaron Aziz. Ya, Zed Zaidi perlu letak jawatan.
Apapun, portal hiburan - gua.com tepat jam 12.01 malam, 11 April lalu menyiarkan satu post bertajuk Permohonan Aaron Diluluskan, Tunggu Masa Untuk Ambil Kad MyPR? Baca di sini.
Sebenarnya, pemberian kerakyatan kepada Aaron aku kira sangat baik kerana kita boleh 'menyimpan' bakat lelaki ini dalam negara.
Kita lihat bagaimana Singapura yang ketandusan pemain bolasepak, mengimport pemain luar dan memberikan kerakyatan kepada pemain terbabit. Namun ia bukan bermakna republik itu sendiri ketandusan pemain berbakat. Tidak.
Ia lebih kepada memberikan satu benchmark kepada pasukan itu sendiri.
Sama seperti kes Aaron, ia memberikan satu benchmark kepada industri. Ia sesuatu yang sangat positif dan tidak boleh dilihat sebagai ancaman. Kenapa kita perlu lihat ia sebagai ancaman? Kita perlu lihat apa yang ada dalam diri Aaron hingga dia laris dan memiliki satu chemistry dengan penonton. Kita perlu tanya kenapa, kita perlu kaji itu semua dan jadikan ia benchmark kepada diri kita.
Lihat kepada M Nasir. Kehadiran M Nasir membawa nafas baru kepada industri. Kita tahu M Nasir yang dulunya rakyat Singapura, seorang yang bersifat kritis dalam menghasilkan lagu-lagunya. Dia tahu apa yang boleh jual. Di situ ada nilai komersil. Jika kita cipta lagu ikut syok sendiri, lelama esok senarai syarikat rakaman yang bungkus lebih banyak dari artis yang lahir di negara ini.
M Nasir membawa satu benchmark. Bukan ancaman. Sama seperti kes Aaron. Ini satu bakat yang perlu kita simpan dalam negara kerana Malaysia memberi peluang lebih baik kepada bakat seperti ini namun ia masih dapat dinikmati rakyat seberang Tambak. Ia lebih meluas. Ia lebih kepada persaingan sihat.
Hari ini, bagaimanapun, Aaron menafikan menerima taraf pemastautin tetap, malah risau permohonan tertangguh akibat berita palsu.
Aku harap apa yang dikatakan Aaron ini juga bukan palsu.
Pada 10 April lalu, aku juga berada di Sri Pentas untuk menghadiri satu mesyuarat dan aku juga dengar pelakon handsome ini turut berada di tempat yang sama. Tapi aku tiada perancangan untuk berjumpa dengan dia sebab, pertamanya - aku bukan Timbalan Presiden Seniman yang mengidam nak bergambar dengan trofi dia.
Aaron khabarnya memulakan sesi wawancara bersama Malaysia Hari Ini (MHI) pagi Selasa lalu dan terus bersambung tengaharinya untuk program Wanita Hari Ini (WHI).
Selepas itu, Aaron bertemu krew Melodi dan gua.com sebelum singgah di bilik berita TV9 untuk turut diwawancara bagi slot berita malam itu.
Sudah kebetulan aku di situ, dan wawancara baru selesai dengan krew Berita TV9, aku pun ambik kesempatan bertanya dengan dia mengenai cetusan pendapat Zed Zaidi. Aku sempat twit apa yang dikatakan pelakon ini antaranya: "Saya tak kisah, kalau dia nak ambil gambar dengan trofi saya."
Aku gelak sungguh sungguh dengan statement Aaron itu. Dan memandangkan Zed Zaidi tiada di situ, aku terpaksa mewakilkan Zed.
Ok Zed, kau boleh posing macam ni. Aaron tak kisah. Tak caya, tengok gambar atas ni. Sebenarnya gambar atas ni tiada niat lain selain untuk riak dengan korang. Maafkan aku. Siapalah aku tanpa kejelesan korang. Cakaplah jeles please.
Apapun, Aaron seorang yang rendah diri dan mudah mesra dengan orang. Dia tak pun buat muka sentap atau rimas bila ramai yang nak ambil gambar dengan dia termasuk aku. Aaron tentu ingat lelaki mulut busuk yang pegang trofi tu.
Selepas sesi untuk aku riakkan diri ini, aku ada bertanya pada Aaron sama ada dia sudah mengemukakan permohonan kewarganegaraan dan aku juga bertanya mengenai permit ikhtisas.
Ketika aku bertanyakan soalan ini, kami masih lagi dikelilingi tak kurang dari enam wartawan di bilik berita TV9 itu.
Aaron sempat mempersoalkan kenapa Zed Zaidi perlu mempertikaikan kemenangannya walhal dia sendiri ahli persatuan dan aku bersetuju dengan pendapat itu.
Ketika aku tanya mengenai permohonan Penduduk Tetap (PR), ini jawapan ringkas Aaron:
"Sebenarnya permohonan saya dah diluluskan, tunggu nak collect jek," kata Aaron dan pada masa ini aku yakin dia tidak ketawa malah kedengaran serius.
Dan ketika Aaron bercakap ini, kami masih lagi dikelilingi tak kurang enam wartawan di bilik berita TV9.
Bila aku tanya lagi mengenai bilakah dia akan collect, dia menjawab "tunggu masa sebab sibuk sekarang" dan ketika itu kami masih lagi dikelilingi tak kurang enam wartawan di bilik berita TV9.
Tetapi hari ini, Aaron menyebut melalui laporan Berita Harian di sini, dia tak pernah cakap sebagaimana dilaporkan gua.com.
“Saya tidak pernah cakap permohonan saya sudah diluluskan dan tidak tahu macam mana perkara ini boleh tersebar. Apa yang saya cakap adalah permohonan sedang dalam proses bukannya sudah dapat.
“Saya sendiri tidak tahu macam mana perkara itu digembar-gemburkan sesetengah pihak sedangkan segala urusan perlu melalui prosedur, “ katanya dihubungi Berita Harian, semalam
Selasa lalu, aku tak hantar hantu raya belaan aku untuk menghadiri meeting di Sri Pentas. Aku hantar diri aku sendiri maka yang mendengar kenyataan dari mulut Aaron itu adalah aku. Itu aku pasti.
Tetapi Aaron sebenarnya boleh menghubungi aku sebab dia sendiri sudah mengikuti twitter account aku di @Hazrey kalaupun hendak menarik balik statement tu dan bukannya menafikan apa yang sudah dilafazkan ketika di bilik berita TV9.
Selama aku jadi wartawan, aku tak pernah lagi tulis benda yang aku tak pernah dengar atau dari sumber yang tak sahih. Inikan pula aku dengar dari sumber itu sendiri.
Apapun, aku harap Aaron yang menyatakan mengenai status PR itu bukan Aaron dari wax museum atau impersonator yang cuba mengaburi aku.
Aku juga harap Aaron tidak menghidap penyakit amnesia.
Drakulla dah pandai cakap melayu!! Yay! Hahahah
ReplyDelete