Sunday, 15 April 2012

Mimpi Ngeri Malam Tadi

Selamat pagi minggu :


Semalam aku telah sempat menemubual seorang tokoh menteri tersohor dunia yang mempunyai daya pemikiran yang kritis dan sungguh fantastik. Dalam sesi temubual tersebut, aku sungguh kagum dengan gaya bahasa, percakapan dan interpretasi wajah beliau. Sungguh hebat dan terasa seperti aku nak tampar sahaja mukanya. Dalam sesi tersebut, banyak persoalan yang telah terungkai terutamanya dalam kehebatan beliau memajukan ekonomi negeri Kelantan sehingga pusat bandar Kelantan setanding dengan pusat bandar Putrajaya.


Ada stail : Menerangkan secara detail tentang konsep pembangunan negeri


Migrasi penduduk :

Pembangunan Kelantan yang pesat juga telah banyak membuka peluang pekerjaan yang hebat dan menjadi tumpuan pencari kerja seluruh Malaysia. Ramai rakyat dari negara luar termasuk Thailand dan Singapura berlumba-lumba untuk mendapatkan kerakyatan untuk tinggal di sana. Beliau juga menegaskan telah mengenalpasti tempat yang akan dijadikan Bandar Red Warrior di mana bandar tersebut akan lebih hebat dari Bandar Red Devil di England. Di dalam bandar tersebut juga akan dibina sebuah stadium yang canggih di mana akan disasarkan pemain-pemain bola Manchester United dan Liverpool ( asalkan merah ) akan berlatih setiap minggu.

Menunjukan aksi sedang berfikir

Di akhir pertemuan, beliau telah membawa aku melawat beberapa tempat perlancongan yang superb sepertimana yang beliau maksudkan pada awal pertemuan. Tempat tersebut sama seperti posting aku sebelum ini dan telah membuktikan mimpi aku malam tadi sungguh ngeri dan menakutkan.




No comments:

Post a Comment