Sunday 4 December 2011

Muhyidin Jahil Konsep Negara Berkebajikan


Petikan dari Akhbar Isle yang sungguh jujur & tak pernah cakap bohong
(pakar mengiklankan ubat kuat seks) :

KUALA LUMPUR, 3 Dis : Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, jelas bertujuan untuk menyembunyikan kejahilannya sendiri yang sebenarnya tidak tahu perkara itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, realiti itu tidak perlu disembunyikan lagi oleh Muhyiddin kerana dakwaan beliau itu ternyata tidak berasas.

Menurut beliau, para pemimpin PAS telah pun menunjukkan contoh konsep Negara Berkebajikan sejak PAS berjaya memerintah Kelantan 21 tahun lalu yang kini turut diikuti di negeri-negeri lain yang berada di bawah Pakatan Rakyat.

Katanya, sekiranya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, tidak mungkin mereka bercakap mengenainya dan berkemampuan melaksanakannya seperti yang telah ditunjukkan di Kelantan.- Sumber Harakah


Lihatlah contoh kebajikan selama 21 tahun
Hebatnya PAS memerintah yang tidak akan dirasai oleh negara UMNO.

'Jus Tok Guru'
Dibekalkan percuma ke setiap rumah di Kelantan

Uji kaji makmal terhadap sampel air di Kelantan pada setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja didapati ia mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya termasuk E-Coli.

Lebih membimbangkan, E-coli turut ditemui dalam sampel air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB). Penemuan E-Coli itu dalam sampel air dari Kelantan dikesan dalam uji kaji yang dijalankan kementerian itu dari 2008 hingga 2010.

“Laporan Bilangan dan Peratusan E.Coli dan Logam Berat Bagi Air Terawat dan Air Mentah Mengikut Daerah Negeri Kelantan 2008-2010 yang dibekalkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

“Ini kerana, E-coli sangat berisiko kepada kesihatan manusia iaitu boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, najis berdarah dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang membawa maut.

Guk : Good ( Dalam kamus UMNO )


No comments:

Post a Comment