Thursday, 18 July 2013

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI



Inspirasi : Ekspedisi Pasangan Warga Emas Menaiki Kereta 4WD Dari Malaysia Menuju Ke Mekah 

Kita selalu mendengar ekspedisi pengembaraan manusia yang menjelajah ke serata benua dengan menaiki pelbagai kenderaan dan ada yang berjalan kaki. Tetapi berita mengenai pengembaraan oleh warga emas yang berumur 70 tahun jarang kita dengar. Apa yang saya ingin kongsikan adalah kisah inspirasi pasangan ibu bapa Kamarul Azwan, yang juga merupakan bekas pemain boling negara, yang baru sahaja memulakan pengembaraan mereka dari Malaysia menuju ke Arab Saudi dengan menggunakan kenderaan Pajero 4WD.

Encik Kamarul Zaman Abd Rahman dan isterinya Puan Kamsiah yang kedua-duanya berumur 70an telah memulakan pengembaraan Sabtu lepas pada pukul 8.30 pagi tadi dan mereka memang dari dulu ingin mengembara dan pengembaraan mereka menggunakan jalan darat yang bakal melalui Thailand, Laos, Vietnam, China,  Tajikistan , Uzbekistan , Turkmenistan , Iran , Iraq , Kuwait , dan seterusnya Arab Saudi. Pasangan ini berharap agar mereka sampai ke Shanghai atau Xi’an di China untuk menyambut Hari Raya dan sampai di Jeddah dan Mekah sekitar bulan Oktober depan untuk menunaikan ibadah Haji.

Menurut Kamarul Azwan lagi, ibu bapanya kini sudah selamat tiba di Songkla, Thailand dan akan menyambung perjalanan mereka pada keesokkan hari menuju ke Bangkok. Encik Kamarul Zaman juga telah membeli nombor telefon Thailand supaya mudah untuk menghubungi ahli keluarga mereka dan menggunakan perkhidmatan internet untuk memuatnaik gambar sepanjang perjalanan mereka ke Mekah di laman Facebook.

Bagi anda yang ingin mengikuti kisah perjalanan pasangan ini, anda boleh lawati laman Facebook Kamarul Azwan

No comments:

Post a Comment