Monday, 29 October 2012

Tertib Ibadah Korban


"Namun ingin pula saya menegur orang yang lebih dewasa yang melaksanakan Qurban, ada yang sungguh tiada adab tatkala melayan lembu yang bakal diQurban. Perlu kursus adab kepada sukarelawan yang mahu berqurban."~ Wardina Safiyyah


PLEASE SHARE- Moga sampai kepada mereka yang bertanggungjawab. Ibadah qurban menyatukan dan menyuburkan semangat orang Islam Alhamdulillah... kerana Allah kita melaksanakan Qurban- 

Namun Ibadah Qurban tempoh hari juga menjadi bukti bahawa sesetengah orang Islam kurang faham hukum Sunatullah dan cuma mengerti Syaritullah... Saya melihat ada yang

1. Pisau tak tajam sehingga tersekat-sekat tatkala menyembelih
2. Tertawa, kasar, bersuka ria ketika menjatuhkan lembu -(ITS NOT A GAME niether is it FUNNY ..its an ibadah)
3. Menyembelih lembu dihadapan lembu lain
4. TIDAK menutup mata lembu yang mahu disembelih
5.TIDAK membaca doa dan menyebut nama Allah
6. TIDAK memberi makan SEBELUM mengorbankan lembu.

DI MANA ADAB mu wahai Umat ISlam? 

Saya meletakkan tanggungjawab ini sepenunya kepada pihak masjid dan jabatan agama Islam lain di Malaysia kerana kurang peka dan TIDAK memantau adab, akhlak dan memberi garis panduan ketat kepada mereka yang mahu melaksanakan ibadah Qurban. Kita mahu pahala tetapi melayan binatang dengan kasar.. Saya juga keliru???? 

BUKAN semua saya akui, kerana ternyata ada sesetengah tempat melaksanakan Qurban dengan penuh adab dan hikmah mengikut cara sebenar ISlam~Wardina Safiyyah


Bergambar sambil menunjukan isyarat PEACE
dengan lembu yang baru dikorbankan

Tertib melakukan ibadah korban atau sekumpulan manusia yang
melepaskan geram tuntutan Royalti Minyak pada seekor lembu?




Wednesday, 24 October 2012

MCA & HUHUD. Apa yang aku faham.


21 Oktober 2012
Resolusi 2.3 yang diluluskan pada perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke 59

“The General Assembly condemns DAP for misleading the Chinese community on PAS’s hudud laws, paving the way for the implementation of PAS’s agenda in Malaysia.”

Apa yang aku faham, MCM menentang undang2 HUDUD PAS (Hudud versi PAS) yang tercetus atas kepentingan politik semata-mata.

Antara dalam draf Hudud PAS Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu yang dibuat oleh PAS ada menyatakan :

>Orang bukan Islam tidak termasuk dalam perlaksanaan undang-undang ini.
>Seksyen 14 menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri.

Mana yang anda pilih? Hudud PAS atau Hudud ISLAM?

Friday, 12 October 2012

Bila Cemburu Menguasai Iman


Bila cemburu menguasai iman seorang Ilmuan Agama.






Saya mengambil keputusan untuk mendapatkan kepastian. Saya menelefon ustaz muda UMNO yang dimaksudkan. Saya juga bersiap sedia untuk membidas beliau sekiranya beliau mengaku merendah-rendahkan Syeikh Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik. Namuan yang mengejutkan saya ialah, beliau menafikan pernah meragui akidah kedua tokoh tersebut. Bahkan beliau memuji keduanya. 

Ustaz tersebut juga menceritakan bahawa beliau telah menjelaskan isu tersebut kepada Ustaz Hussein Yee. Akhirnya Ustaz Hussein Yee tahu bahawa isu ini hanyalah tuduhan tidak berasas (fitnah) yang dilemparkan oleh pihak yang tidak berpuas-hati. Perbualan saya dengan ustaz tersebut berakhir dengan beberapa nasihat berharga dari hadis Nabi SAW.

Saturday, 29 September 2012

Tanya Najib




Pembentangan Bajet 2013 telah dilakukan. Oleh kerana Bajet kali ini dibuat selepas mengambil kira padangan daripada Rakyat, maka bolehlah digambarkan bahawa ia dibuat daripada Rakyat untuk Rakyat. Untuk itu, saya yakin seluruh warga Malaysia pasti akan gembira dengan Bajet itu nanti.

Maka dengan itu, saya harap anda semua dapat bersama-sama menyertai saya pada sesi #TanyaNajib Bajet 2013 pada pukul 9 malam, 3 Oktober (Rabu) depan. Pada sesi itu nanti anda semua boleh bertanya apa sahaja soalan kepada saya tentang Bajet tersebut.

Klik disini” untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana untuk menyertainya. Saya sangat berharap dapat mendengar reaksi daripada anda semua pada sesi itu nanti.

We are one day away from the 2013 National Budget announcement. With countless proposals from the Rakyat taken into consideration, this budget truly represents something made by the people, for the people – and I’m confident that my fellow Malaysians will be pleased with the outcome.

Don't forget to join me for the upcoming #TanyaNajib Bajet 2013” session at 9.00pm on 3rd October (Wednesday), where you will be able to ask me questions on the Budget in real time.

Click "here" to learn more on how to participate. I’m looking forward to hearing from all of you then.

Najib Razak


Saturday, 22 September 2012

JUTAWAN NYAMUK VS DONALD TRUMP

Donald Trump-Jutawan Hartanah

Korang pernah terbaca tak komen dari Jutawan Nyamuk kat bawah ni yg ajak pembaca melabur dalam bidang hartanah tanpa modal? Mana2 blog, nyamuk ni mesti ada.


Ayat modal Jutawan Nyamuk :

"Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja."



Kali ini aku sekadar ajak korang melayan angan2 Jutawan Nyamuk yang berjiwa besar ini.
Aku pun terjah la blog yang dimaksudkan. Ada 10 arahan. Yang akhir sekali ayatnya macam ni :

"Kepada yang sudah mempunyai Credit Card, anda tidak memerlukan prepaid VISA. Teruskan dengan memasukan nombor CARD CREDIT GOLD/Platinum anda."

Ada berani masukan no kad kredit?

Amacam? Hebat tak business Jutawan Nyamuk?


Tuesday, 11 September 2012

Bersama Ustazah Abby Bulu Kening

Aku terbaca dalam Twiter Abby Abadi eh salah... Ustazah Abby Abadi yg dituju pada Ustz Fathul Bari tentang isu yang dibangkitkan Abby, UMNO roboh masjid. Aku baca dalam keta, ingatkan nak print skrin malam nanti... rupanya tak sempat. Dia dah delete rasanya. Tapi aku download lah artikel yang Ustazah ni tweet pada Ustz Fathul Bari.
Ni gambarnya...

Dia tanya, apa cerita ni?

Yang tinggal dalam twitter tu hanyalah ini


Bila dah termalu dek kebijaksanaan sendiri maka Ustazah ni delete lah isu yg dibangkitkan. Ni lah dia perangkap makan tuan. Ustazah oh ustazah...


Monday, 3 September 2012

FAUZIAH BINTI MUHAMAD

Sambil2 bersembang tentang ke dunguan penyokong taksub Pakatan, aku paparkan post yang diambil dari Facebook MHI TV3.


Bagi mereka yang ingin menyumbang bagi mengurangkan beban dan kos yang ditanggung oleh pasangan ini, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun cimb, Abil Fikri Ahmad- 0506 0040 577 dan Abil boleh dihubungi di talian 016-2634 258.

Sumbangan bukan sahaja dalam wang ringgit.
Sama-sama kita doakan Pn Fauziah Binti Muhamad cepat sembuh.



Sunday, 2 September 2012

BILA SI BINGAI MENGAJAR SI BODOH. Fuhh...

Ni lah jadinya bila si bingai mengajar kawan-kawannya yang mempunyai tahap intelek yang sangat rendah & dalam bahasa pasarnya bodoh. Tidak menjadi pelik lah bila isu yang dibangkitkan dalam Facebooknya mendapat pujian oleh mereka yang tidak boleh berfikir & tak pandai gunakan internet untuk mencari fakta. Mungkin juga hati mereka ini telah digelapkan kerana selama ini mereka bermati-matian menghina dan menfitnah insan kerdil yang berjuang sendirian untuk mendapatkan pembelaan seadilnya.

Aku try jugak la nak faham tahap pemikiran budak2 ni. Berserabut otak dibuatnya. Mereka ni macam meludah ke langit pun ada. Cuba nak berbual ala-ala orang2 intelek pun ada. Alahai...

Berikut adalah print skrin yang diambil dari Facebook Kami Benci Saiful Bukhari.


Sistem Parlimen British? Hmm..
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).

Sebab itulah Perdana Menteri adalah Presiden UMNO? Ayo...
Artikel 43 [1] memberi kuasa kepada Yang Dipertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri yang pada pertimbangan Baginda mewakili keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat.

Kalau calonnya bukan Melayu & Agong tak berkenan, boleh jadi Perdana Menteri? Si Kafir ni kan.. boleh jadi Perdana Menteri selepas Pakatan Rakyat berjaya menukarkan Malaysia kepada Republik, negara yang tiada Raja & Sultan dan banyak Setan dan selepas disokong oleh budak2 bodoh pencacai tahap lembu ini.




Yang ni pulak cikgu Bingai mengajar budak bodoh meludah ke langit.

Si Bangga

Aku sebenarnya tak berminat nak buktikan kau bodoh. Sebabnya aku tau kau tu memang bodoh der.
Cuma aku amat berminat nak paparkan kebodohan kau.

Tambah sket...pujian dari pencacai bingai..



Saturday, 1 September 2012

Senjata yang pastinya PAS

Ni gambar "posting basah" yang aku dapat dari Facebook Tantawi Penipu.

MJ Abby Abadi

Senjata akhir zaman dari PAS yang akan menggoyangkan BN dan batang2 pemuda pas.Untuk Pakcik2 dan lebai PAS, mungkin anda akan mengalami ejakulasi awal.

Dan cara ini juga digunakan oleh parti politik "cabang Israel" untuk berkempen.





Wednesday, 22 August 2012

Terbaik dari ATM

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA:
Sesuatu yang kita perlu banggakan dan Perkuatkan!

"Malaysia has quietly shown Singapore over how weak it security is. Malaysia has slapped the Singapore armed forces in ways that caused it to come unstuck.

The most dramatic was when Malaysia's Commandos invaded Singapore high security air missiles base in Bukit Batok overlooking the Straits of Johore and pasted Malaysian stamps on the missiles and replaced the Singapore
flag on the Commanding officer's table with the Malaysian flag.

Several Singapire officers resigned oe were reassigned or demoted. The major who carried itd out, who is known by his nickname, Sam , is still around and in the business"

Angkatan Tentera Malaysia
mempamerkan kekuatan secara senyap apabila berjaya menceroboh Pengkalan
Udara Singapura di Bukit Batok dengan menampal Stamp Malaysia pada peluru berpandu dan menukarkan bendera Singapura kepada bendera Malaysia di atas meja Pegawai Memerintah Pasukan itu di Singapura. Ekoran kejadian tersebut, beberapa pegawai tentera singapura diberhentikan & ditukar.

Negara SINGAPURA itu yang sentiasa
mendabik dada bahawa merekalah
jaguh ketenteraan di Nusantara, jangan mereka lupa bahawa Angkatan Tentera Malaysia lah MERUPAKAN pasukan pertama berjaya memusnahkan ANCAMAN KOMUNIS di dunia pada era
pasca penjajah.

Friday, 17 August 2012

Kenyataan Akhbar Nasharudin Mat Isa



KUALA LUMPUR, 16 Ogos - Saya merujuk kepada laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012, dan beberapa ulasan dari pelbagai pihak sehubungan dengan kenyaataan saya di Makkah Al Mukaramah adalah dirujuk.

Hudud

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama,dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Perlaksanaan hudud memerlukan kepada 'standard of proof' yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf  'beyond any shadow of doubt ' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ianya dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ianya adalah undang undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost ' untuk pertahankan agama saya.
Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, Insyaallah saya tidak akan biarkan mana mana pihak sewenang wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendirian nya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangan nya untuk menegakkan Syariah Allah swt namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.
Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah  kekaburan yang ada pada masyarakat umum.
Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.

Isu Pertemuan Di Mekah.

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah,  ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khas nya pada hari hari terakhir ramadhan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim.
Hampir sebulan sepanjang Ramadhan ini,doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir,menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukan lah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang Ulama di Makkah bersama dengan YAB PM bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama2 tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil haram.
Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohinya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah di capai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti mempastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunnah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.

Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?

Tiba tiba saya dikaitkan dengan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya se iman termasuk lah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.

Nasharudin Mat Isa.
16 Ogos 2012

Tuesday, 7 August 2012

Pasukan Gay Asal Bukan UMNO ( ABU )

Ini posting yang dikatakan kebebalan
Pasukan Gay Asal Bukan UMNO ( ABU )


Yang bulat merah tu namanya Dahari Hasan,
AJK UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Bukannya Adun MCA Tan Cher Puk.

Bingai...

Sunday, 5 August 2012

Salin Bulat-Bulat

Mana pergi duit derma ?
Siapa membela nasib Hasyim, Ke Mana Hilang Tabung Kutipan Pelajar yang ditarik
pinjaman?

Pengakuan terbuka Muhammad Hasyim Che Ngah 21, salah seorang daripada 9 pelajar tajaan Yayasan Terengganu (YT) pada sidang media telah membuka mata ramai pihak & mengejutkan pihak pembangkang yang selama ini berjuang untuk pelajar-pelajar yang ditarik pinjaman kerana melanggar perjanjian pengajian.

PAS bagaikan lipas kudung & mengelabah kerana pengakuan Hasyim telah membuka mata ramai pihak yang tertipu dengan laungan pembangkang untuk membela
nasib 9 orang pelajar yang ditarik pinjaman.

Muhammad Hasyim yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Ain Sham, Mesir yang menyesal
menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 julai tahun lalu mengaku bahawa sepanjang pengajian beliau di tamatkan menjadikan kehidupan beliau tertekan kerana parti PAS
yang dikatakan memperjuangkan nasib beliau hanyalah menjadikan Hasyim mainan politik mereka.

Dengan tabung kutipan derma yang
dilancarkan PAS untuk menolong 9 pelajar tersebut, hasyim mengaku hanya mendapat RM50 sahaja, daripada jumlah tersebut hasyim tidak dapat menanggung pengajiannya di mesir yang memerlukan ratusan ribu berbanding duit tabing yang diberikan oleh PAS.

Tetapi persoalan yang bermain di fikiran, adakah duit tabung yang dilancarkan PAS untuk Hasyim & rakan-rakan tersebut hanyalah dapat diberikan RM50 sahaja, PAS
yang begitu banyak mengutip derma & membuli penyokongnya sehingga berbakul-bakul yang dikutip kononnya diletakkan atas
nama jihad fisabilillah tetapi kemanakah hilangnya duit tersebut?
PAS menabur janji untuk menolong Hasyim & rakan-rakan, setiap hari PAS akan menjaja janji-janji kepada 9 orang pelajar tersebut dipentas politik mereka bagi meraih sokongan rakyat, pelajar yang
menjadi mangsa mereka diheret ke kancah politik bagaikan lembu dicucuk hidung dengan permainan & rentak politik PAS yang suka menabur janji kosong.

Kini apabila hasyim mula terjerat dia mula sedar & mengaku berasa kesal dengan apa yang berlaku keatas dirinya & membuat pengakuaan apa terjadi hanyalah untuk sokongan politik Pembangkang yang tiada
kaitan dengan kemajuan serta kebajikanya sebagai pelajar.
Hasyim telah meminta maaf kepada kepada keluarganya kerana hampakan mereka & merayu supaya diberi peluang kedua &
beliau juga berjanji tidak akan melakukan kesalah itu lagi.

Nasihat Hasyim kepada rakan-rakannya supaya tidak lagi menjadi mangsa kepada pembangkang yang hanya mengaut keuntungan politik mereka & dipergunakan di jalanan untuk menyalak melaungkan
kata-kata kesat & menghina pemimpin, sedangkan hakikatnya mereka dijadikan keldai politik murahan pembangkang.

— with Ustaz Al-Mubtasim and 44 others.

http://www.mediaterengganu.net/2012/08/
siapa-membela-nasib-hasyim-ke-
mana.html