Monday 12 August 2013

CELAKA DAN MENYUSAHKAN


"CELAKA DAN MENYUSAHKAN"

AHMAD ZAHID: Secara holistik dan statistik jenayah menurun, tetapi terdapat peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks.

Faktor utama peningkatan jenayah berat adalah disebabkan penjenayah yang dulu ditahan di Penjara Simpang Renggam dibebaskan berikutan penghapusan Ordinan Darurat (EO).

Faktor kedua, mereka yang dilepaskan dari tahanan itu mempunyai pengikut tegar. Mengikut perkiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM), daripada 2,600 orang yang dilepaskan, mereka mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang kanan ertinya, telah ada 26,000 bersama dengan masyarakat. Orang kanan ini juga mempunyai orang kanan mereka sekurang-kurangnya 10 orang, ertinya ada 266,000 orang.

Faktor ketiga, ialah dari segi kecanggihan aset dan peralatan PDRM yang harus diselaraskan apabila EO dan Akta Kediaman Terhad tidak ada. Jumlah anggota polis dan aset mesti ditambah, tetapi ia belum dapat dilaksanakan.

Faktor keempat ialah pencegahan di mana kita harus melakukan kempen kesedaran lebih luas lagi, itulah sebabnya Jabatan Pencegahan Jenayah diwujudkan dan lain-lain badan pencegahan jenayah ditambah. Keempat-empat faktor ini menyumbang ke arah berlakunya jenayah berat.

I dah mansuhkan...nak buat macam mana...

Sepupu aku memang bijak...


1 comment:

  1. Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

    Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

    TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

    Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

    Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

    Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

    ReplyDelete