Monday 29 October 2012

Tertib Ibadah Korban


"Namun ingin pula saya menegur orang yang lebih dewasa yang melaksanakan Qurban, ada yang sungguh tiada adab tatkala melayan lembu yang bakal diQurban. Perlu kursus adab kepada sukarelawan yang mahu berqurban."~ Wardina Safiyyah


PLEASE SHARE- Moga sampai kepada mereka yang bertanggungjawab. Ibadah qurban menyatukan dan menyuburkan semangat orang Islam Alhamdulillah... kerana Allah kita melaksanakan Qurban- 

Namun Ibadah Qurban tempoh hari juga menjadi bukti bahawa sesetengah orang Islam kurang faham hukum Sunatullah dan cuma mengerti Syaritullah... Saya melihat ada yang

1. Pisau tak tajam sehingga tersekat-sekat tatkala menyembelih
2. Tertawa, kasar, bersuka ria ketika menjatuhkan lembu -(ITS NOT A GAME niether is it FUNNY ..its an ibadah)
3. Menyembelih lembu dihadapan lembu lain
4. TIDAK menutup mata lembu yang mahu disembelih
5.TIDAK membaca doa dan menyebut nama Allah
6. TIDAK memberi makan SEBELUM mengorbankan lembu.

DI MANA ADAB mu wahai Umat ISlam? 

Saya meletakkan tanggungjawab ini sepenunya kepada pihak masjid dan jabatan agama Islam lain di Malaysia kerana kurang peka dan TIDAK memantau adab, akhlak dan memberi garis panduan ketat kepada mereka yang mahu melaksanakan ibadah Qurban. Kita mahu pahala tetapi melayan binatang dengan kasar.. Saya juga keliru???? 

BUKAN semua saya akui, kerana ternyata ada sesetengah tempat melaksanakan Qurban dengan penuh adab dan hikmah mengikut cara sebenar ISlam~Wardina Safiyyah


Bergambar sambil menunjukan isyarat PEACE
dengan lembu yang baru dikorbankan

Tertib melakukan ibadah korban atau sekumpulan manusia yang
melepaskan geram tuntutan Royalti Minyak pada seekor lembu?




No comments:

Post a Comment