Friday 8 June 2012

Jalan Ke Syurga


Adakah Syurga itu janji Nik Aziz atau Allah?




Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nampaknya masih tergamam dengan kenyataan bahawa undi Pas dalam pilihan raya umum tidak masuk syurga.

Malah sehingga kini Nik Aziz masih terdiam diri untuk bagaimana hendak menjelaskan kepada penyokongnya.

Ini kerana Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengakui bahawa Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.

Kenyataan Presiden Pas itu sekali gus bercanggah dengan Nik Abdul Aziz yang sebelum ini mempertahankan pendirian untuk meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.






Eceh..ceh..ceh..!


No comments:

Post a Comment