Wednesday 22 August 2012

Terbaik dari ATM

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA:
Sesuatu yang kita perlu banggakan dan Perkuatkan!

"Malaysia has quietly shown Singapore over how weak it security is. Malaysia has slapped the Singapore armed forces in ways that caused it to come unstuck.

The most dramatic was when Malaysia's Commandos invaded Singapore high security air missiles base in Bukit Batok overlooking the Straits of Johore and pasted Malaysian stamps on the missiles and replaced the Singapore
flag on the Commanding officer's table with the Malaysian flag.

Several Singapire officers resigned oe were reassigned or demoted. The major who carried itd out, who is known by his nickname, Sam , is still around and in the business"

Angkatan Tentera Malaysia
mempamerkan kekuatan secara senyap apabila berjaya menceroboh Pengkalan
Udara Singapura di Bukit Batok dengan menampal Stamp Malaysia pada peluru berpandu dan menukarkan bendera Singapura kepada bendera Malaysia di atas meja Pegawai Memerintah Pasukan itu di Singapura. Ekoran kejadian tersebut, beberapa pegawai tentera singapura diberhentikan & ditukar.

Negara SINGAPURA itu yang sentiasa
mendabik dada bahawa merekalah
jaguh ketenteraan di Nusantara, jangan mereka lupa bahawa Angkatan Tentera Malaysia lah MERUPAKAN pasukan pertama berjaya memusnahkan ANCAMAN KOMUNIS di dunia pada era
pasca penjajah.

Friday 17 August 2012

Kenyataan Akhbar Nasharudin Mat Isa



KUALA LUMPUR, 16 Ogos - Saya merujuk kepada laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012, dan beberapa ulasan dari pelbagai pihak sehubungan dengan kenyaataan saya di Makkah Al Mukaramah adalah dirujuk.

Hudud

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama,dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Perlaksanaan hudud memerlukan kepada 'standard of proof' yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf  'beyond any shadow of doubt ' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ianya dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ianya adalah undang undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost ' untuk pertahankan agama saya.
Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, Insyaallah saya tidak akan biarkan mana mana pihak sewenang wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendirian nya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangan nya untuk menegakkan Syariah Allah swt namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.
Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah  kekaburan yang ada pada masyarakat umum.
Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.

Isu Pertemuan Di Mekah.

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah,  ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khas nya pada hari hari terakhir ramadhan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim.
Hampir sebulan sepanjang Ramadhan ini,doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir,menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukan lah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang Ulama di Makkah bersama dengan YAB PM bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama2 tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil haram.
Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohinya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah di capai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti mempastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunnah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.

Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?

Tiba tiba saya dikaitkan dengan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya se iman termasuk lah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.

Nasharudin Mat Isa.
16 Ogos 2012

Tuesday 7 August 2012

Pasukan Gay Asal Bukan UMNO ( ABU )

Ini posting yang dikatakan kebebalan
Pasukan Gay Asal Bukan UMNO ( ABU )


Yang bulat merah tu namanya Dahari Hasan,
AJK UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Bukannya Adun MCA Tan Cher Puk.

Bingai...

Sunday 5 August 2012

Salin Bulat-Bulat

Mana pergi duit derma ?
Siapa membela nasib Hasyim, Ke Mana Hilang Tabung Kutipan Pelajar yang ditarik
pinjaman?

Pengakuan terbuka Muhammad Hasyim Che Ngah 21, salah seorang daripada 9 pelajar tajaan Yayasan Terengganu (YT) pada sidang media telah membuka mata ramai pihak & mengejutkan pihak pembangkang yang selama ini berjuang untuk pelajar-pelajar yang ditarik pinjaman kerana melanggar perjanjian pengajian.

PAS bagaikan lipas kudung & mengelabah kerana pengakuan Hasyim telah membuka mata ramai pihak yang tertipu dengan laungan pembangkang untuk membela
nasib 9 orang pelajar yang ditarik pinjaman.

Muhammad Hasyim yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Ain Sham, Mesir yang menyesal
menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 julai tahun lalu mengaku bahawa sepanjang pengajian beliau di tamatkan menjadikan kehidupan beliau tertekan kerana parti PAS
yang dikatakan memperjuangkan nasib beliau hanyalah menjadikan Hasyim mainan politik mereka.

Dengan tabung kutipan derma yang
dilancarkan PAS untuk menolong 9 pelajar tersebut, hasyim mengaku hanya mendapat RM50 sahaja, daripada jumlah tersebut hasyim tidak dapat menanggung pengajiannya di mesir yang memerlukan ratusan ribu berbanding duit tabing yang diberikan oleh PAS.

Tetapi persoalan yang bermain di fikiran, adakah duit tabung yang dilancarkan PAS untuk Hasyim & rakan-rakan tersebut hanyalah dapat diberikan RM50 sahaja, PAS
yang begitu banyak mengutip derma & membuli penyokongnya sehingga berbakul-bakul yang dikutip kononnya diletakkan atas
nama jihad fisabilillah tetapi kemanakah hilangnya duit tersebut?
PAS menabur janji untuk menolong Hasyim & rakan-rakan, setiap hari PAS akan menjaja janji-janji kepada 9 orang pelajar tersebut dipentas politik mereka bagi meraih sokongan rakyat, pelajar yang
menjadi mangsa mereka diheret ke kancah politik bagaikan lembu dicucuk hidung dengan permainan & rentak politik PAS yang suka menabur janji kosong.

Kini apabila hasyim mula terjerat dia mula sedar & mengaku berasa kesal dengan apa yang berlaku keatas dirinya & membuat pengakuaan apa terjadi hanyalah untuk sokongan politik Pembangkang yang tiada
kaitan dengan kemajuan serta kebajikanya sebagai pelajar.
Hasyim telah meminta maaf kepada kepada keluarganya kerana hampakan mereka & merayu supaya diberi peluang kedua &
beliau juga berjanji tidak akan melakukan kesalah itu lagi.

Nasihat Hasyim kepada rakan-rakannya supaya tidak lagi menjadi mangsa kepada pembangkang yang hanya mengaut keuntungan politik mereka & dipergunakan di jalanan untuk menyalak melaungkan
kata-kata kesat & menghina pemimpin, sedangkan hakikatnya mereka dijadikan keldai politik murahan pembangkang.

— with Ustaz Al-Mubtasim and 44 others.

http://www.mediaterengganu.net/2012/08/
siapa-membela-nasib-hasyim-ke-
mana.html


Friday 3 August 2012

Ragam Pakatan Versi 2

HAKIM YANG TELAH DIHAKIMKAN...


Lalu disambut dengan komen berikut...


Untuk mempertahankan keSUCIAN bercium
dengan bukan muhrim, maka dia pun berkata...
"tunang aku, salah ke kami bermalam di genting highland,
salahkan kami berduet, kami nak nikah tak lama lagi,
salah ker, umngok memang bacul"

Bila kemunafikkannya terdedah maka
dia memutuskan untuk buka satu akaun lagi tanpa
mendedahkan identitinya.


dan bermulalah lagi episod "copy paste" hadis
untuk menunjukan keWARAKkannya dalam
memperjuangkan PAKATAN.


Aku doakan semoga HAKIM dipanjang
jodoh hingga ke jinjang pelamin
dan bahagia hingga ke anak cucu...
Amin...


Wednesday 1 August 2012

Ragam Pakatan Versi 1

Kalau tengok muka...ish3xx... Dah tua rupanya awak ni.
Dah tua2 pandai main Facebook yer?
Apa yang kau comment pakcik?


Ooooo... ni rupanya. Pakcik tak tau ke ni bulan Ramadhan?
Pakcik kan orang Isle? Isle PKR.
Macam ni ke caranya PAS tarbiah Pakcik??

Apa lagi dalam Facebook Pakcik?

Alhamdullillah...Pandai Pakcik beri nasihat yer...
Sejuk perut ibu mengandung.