Friday, 7 August 2015

UMNO BAHAGIAN MENGAMPU


Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan mendesak Timbalan Presiden parti TSMY berundur kerana telah banyak mengkritik YAB Presiden UMNO.

Ehhh! Jap. Suara dari SELANGOR?

Hmm...mabuk ke depa ni? Negeri sendiri dah jadi negeri PAKATAN la Jamal oii. TSMYkah atau Pengerusi PRU13 Selangor? Kau orang semuanya tidur lagi. Pakatan semakin kuat di Selangor. Tu pun tak paham kah?


OK! Faham.


Hidup UMNO Sungai Besar!!
Hidup UMNO Sunagi Besar!!


Good Job!
Good Job!



Tuesday, 4 August 2015

KITA ORANG UMNO ATAU ORANG BN?



Saya percaya TSMY dah lama bertanya personally pada PM tentang angka 2.6 billion. Bukan TSMY sahaja, malah Rakyat & Sultan pun tertanya-tanya. Saya pelik kenapa setelah dibongkar oleh SPRM, selepas TPM & beberapa Menteri digugurkan, selepas semua jentera kerajaan dikerah siasat, selepas beberapa tangkapan & saman dibuat, tuduh menuduh, fitnah, buang kerja...akhirnya baru  nak mengaku.


Saya tertanya-tanya lagi sumber 2.6 billion itu datangnya dari mana?
Adakah dari syarikat korporat Melayu?
Adakah dari negara Arab?
Atau adakah dari taikun-taikun cina sehingga seperti yang kita lihat sejak kebelakangan ini kepentingan melayu kian pudar dan hanyalah retorik pilihanraya. Tak mustahil pun syarikat Telco antara penyumbang terbesar sehingga sembah bumi menteri dibuatnya dek kerana nak laksanakan GST pada kad topup.


Semua persoalan lahirnya dari rakyat biasa seperti saya yang tak rapat lansung dengan PM seperti TSMY. Itu pun kena kick juga. Adoi makkk..