Monday, 6 October 2014

BR1M MENAFIKAN 23 JUTA HAK RAKYAT MALAYSIA



BR1M

Bila tengok balik, duit BR1M ni sebenarnya duit milik rakyat yang diberi kepada mereka yang berpendapatan isi rumah bawah RM 4000. Sebuah idea bijak PM & penasihat. Aku bertambah kecewa lagi bila NAJIB dan Menteri pengampu katakan penarikan 20 sen subsidi minyak adalah sebab untuk pemberian BR1M. Adalah sebab nak 'up' kan lagi duit BR1M. Kalau pemberian duit BR1M ini adalah hasil dari keuntungan negara tu kira hebatlah.

NAJIB TAK FIKIR KE?

7 juta penerima BR1M daripada 30 juta rakyat Malaysia. Lagi 23 juta rakyat Malaysia terima apa? Subsidi minyak sama-sama rasa kena potong. Harga barang naik sama-sama kena tanggung. Cukai pula mereka kena bayar lebih dari mereka yang terima BR1M.

NASIB RAKYAT YANG TAK LAYAK TERIMA BR1M

Aku dah banyak baca luahan melalui media sosial tentang kos sara hidup golongan sederhana ini. Mana yang duduk di bandar besar, sebiji tak lari seperti pengemis kota yang berjuang semata-mata untuk membesarkan anak. Adilkah mereka ini dikatakan golongan yang tak layak menerima BR1M? Inikah yang dikatakan adil untuk semua? Apakah justifikasi NAJIB jika gaji mereka ini setelah ditolak sewa rumah, duit makan 5 orang anak, perbelanjaan sekolah, tol, metro parking, telefon, minyak dan cukai jadi lebih kecil dari penerima BR1M yang tinggal di luar bandar? Adakah NAJIB & Penasihatnya akan menyarankan mereka yang bergaji RM4000 ke atas wajib mempunyai 2 orang anak sahaja? atau wajib pergi kerja naik LRT atau tinggal menyewa di rumah pangsa sahaja?

PRU 14 MILIK SIAPA?

Jika dilihat pada PRU13 lepas, hebat dicanang tentang pemberian BR1M ini pada rakyat jelata. Dengan secara bijaknya memperlihat pemberian ini adalah semata-mata untuk kepentingan politik sahaja. Kalau macam ini lah jalan ceritanya, apa akan jadi pada PRU 14?

MANISNYA BIBIR MERAH

Adakah 7 juta penerima BR1M ini pasti akan memangkah BN?
Aku amat percaya makin ramai orang UMNO yang semakin menyampah dengan perangai Najib.
Aku amat percaya makin ramai orang UMNO yang meluat dengar lenggok bahasa anak bangsawan yang dari kecil makan nasi guna sudu perak.

Kalau sayangkan UMNO, undurkan Najib.

Thursday, 2 October 2014

DAH TIBA MASANYA NAJIB BERUNDUR


 
Adalah sangat memualkan bila baca statement Mat Maslan anak Pontian bila kata penjimatan subsidi minyak boleh membantu golongan luar bandar...boleh meningkatkan BRIM, boleh bina 2 ribu dewan dalam 2 ribu kampong, boleh bina 4 uiversiti sebulan, boleh bina 2 ribu km jalan kampong di pendalaman Sabah & Sarawak dan macam-macam boleh sebab Malaysia Boleh.
 
Kemudian dia kata lagi 70% bahan api digunakan mereka yang berpendapatan tinggi sebab mereka banyak kenderaan & kuasa cc besar. Rakyat dikampung hanya guna motor dan kereta kecil sahaja.
 
Mat Maslan ni tak tau ke yang naik tu minyak Ron 95 atau Ron 97? Kenapa dikurangkan subsidi minyak lagi 3 hari nak raya. Waktu rakyat berpusu-pusu pulang ke kampung halaman.
 
Dia tak pikir ke rakyat akan bercerita pasal minyak kat kampung nanti?
Dia tak pikir ke harga ayam, lembu, tiket bas, sayur akan naik sebab konon-konon minyak dah mahal?
 
Kalau minyak naik, barangan akan turut naik,
Kalau minyak turun, barangan takkan turun,
Kalau sayangkan BN, undurkan Najib.