Saturday, 31 May 2014

SANGAT SELESA ATAU PERCATURAN POLITIK KOTOR


Aku minat nak sambung lagi post aku sebelum ini

Ada 1 komen yang dikirim dari seorang yang pernah terlibat dalam pertubuhan :

"bukan apa ..saya nie pernah terlibat dalam pertubuhan....walaupun berbeza tp konsepnya sama....biasanya mana org nak tubuh cawangan diorang akan minta borang jadi ahli dulu..lepas tu hantar ke ibu pejabat..kitaorang akan keyin maklumat untuk dapat no ahli ..cawangan penaja akan buat mesyuarat dan minit2 mesyuarat dan senarai jawatan kuasa penaja akan di hantar ke ibu pejabat....bende2 tu semua kami di ibu pejabat akan hantar ke ROS negeri..untuk dapatkan kelulusan....biasa dalam 2 bulan dh lulus.."

Biasanya dalam 2 bulan dah lulus dan bukannya 2 tahun. Dan sekarang yang aku sendiri nampak, 2 tahun tak lulus-lulus.

Nak diceritakan, aku pun buat-buat sibuk la tanya jawatankuasa penaja yang semangatnya tak putus-putus pasang bendera kempen masa PRU13. Jawapan yang aku terima agak memeranjatkan.

Borang 69 orang ahli baru yang dihantar dan telah ditapis HILANG. Jawapan yang diterima dari Bahagian, "tak tau la mana dokumenya. Yang tinggal ni sahaja"

Yang tinggal borang ni sahaja, terima pada 13 Mac 2012 dari Ibu Pejabat UMNO Malaysia..


Dokumen penghantaran borang penubuhan UMNO Cawangan Taman Desaru Utama

Terima 13 Mac 2012


Persoalan :
Adakah mereka ini sangat selesa di Pengerang atau satu strategi percaturan politik kotor?

Degar-dengar ada satu Taman baru perumahan ekslusif sebelah Taman Desaru Utama pun sedang mohon penubuhan cawangan. Belum lulus tapi dah ada cop ketua cawangan.

1 comment:

  1. Kasi gegar itu pejabat UMNO lah, jumpa skali yb situ pecita???? jgn esok Dap atau pkr punya cawangan naik kat situ dulu baru trkial2

    ReplyDelete