Friday, 10 May 2013

POSTING BANDAR PENAWAR : CIKGU JALIL

Aku dijemput ke rumah ketua PDM, Cikgu Jalil hari Rabu lepas, malam di Bandar Penawar untuk jamuan makan & doa selamat. Sebelum tu pada petangnya, jamuan makan oleh DS Azalina. Di belakang rumah Cikgu Jalil ni dibuat Bilik Gerakan. Agak menarik juga. Berdasarkan maklumat, desas-desus dalam Bandar Penawar ni, Cikgu Jalil ni adalah salah seorang namanya yang tersenarai antara calon & beliau telah bersara awal untuk membantu berkempen.


Suasana belakang rumah@bilik gerakan

Selepas tahlil, Cikgu Jalil memberi ucapan. Beliau memaklumkan sepatutnya beliau kena menghadiri mesyuarat bersama YB Pengerang, YB Tg Surat, YB Penawar, Ketua Bahagian & Ketua Cawangan. "Agak suspen jugalah bila aku dengar". Tapi beliau tak dapat menghadirkan diri di sana kerana hasratnya adalah untuk bersama dalam jamuan yang diadakan dengan jentera kerja yang bertungkus lumus bersama membantu kempen pilihanraya. Lagipun jamuan ini telah dirancang awal.

BBQ Kambing, ayam, udang & ikan

Ringkasan ucapan beliau :
# Menyeru rakan2 bersama fikirkan pasal Agama, Bangsa & Negara.
# Jawatan tak penting.
# Melahirkan kerisauan tentang niat rakan senegara kita.
# Mohon melayu bersatu.
# Menyeru saudara2 di Bandar Penawar untuk bersama berjuang.
# Mohon fikirkan masa depan bangsa melayu.
# Mengajak bersama menaikan reputasi melayu.
# Akhir sekali mohon ampun & maaf atas salah silap sepanjang proses berkempen.

Apa yang aku dapat lihat, beliau ikhlas dalam menjalankan amanah dan seorang pejuang tulen UMNO, untuk Agama, Bangsa & Negara.

Gambar Cikgu Jalil aku tak masukan atas dasar hormat

Akhir sekali aku berterima kasih kepada beliau kerana menjemput kami datang makan & aku salute untuk Cikgu Jalil & jenteranya.



No comments:

Post a Comment