Monday 29 October 2012

Tertib Ibadah Korban


"Namun ingin pula saya menegur orang yang lebih dewasa yang melaksanakan Qurban, ada yang sungguh tiada adab tatkala melayan lembu yang bakal diQurban. Perlu kursus adab kepada sukarelawan yang mahu berqurban."~ Wardina Safiyyah


PLEASE SHARE- Moga sampai kepada mereka yang bertanggungjawab. Ibadah qurban menyatukan dan menyuburkan semangat orang Islam Alhamdulillah... kerana Allah kita melaksanakan Qurban- 

Namun Ibadah Qurban tempoh hari juga menjadi bukti bahawa sesetengah orang Islam kurang faham hukum Sunatullah dan cuma mengerti Syaritullah... Saya melihat ada yang

1. Pisau tak tajam sehingga tersekat-sekat tatkala menyembelih
2. Tertawa, kasar, bersuka ria ketika menjatuhkan lembu -(ITS NOT A GAME niether is it FUNNY ..its an ibadah)
3. Menyembelih lembu dihadapan lembu lain
4. TIDAK menutup mata lembu yang mahu disembelih
5.TIDAK membaca doa dan menyebut nama Allah
6. TIDAK memberi makan SEBELUM mengorbankan lembu.

DI MANA ADAB mu wahai Umat ISlam? 

Saya meletakkan tanggungjawab ini sepenunya kepada pihak masjid dan jabatan agama Islam lain di Malaysia kerana kurang peka dan TIDAK memantau adab, akhlak dan memberi garis panduan ketat kepada mereka yang mahu melaksanakan ibadah Qurban. Kita mahu pahala tetapi melayan binatang dengan kasar.. Saya juga keliru???? 

BUKAN semua saya akui, kerana ternyata ada sesetengah tempat melaksanakan Qurban dengan penuh adab dan hikmah mengikut cara sebenar ISlam~Wardina Safiyyah


Bergambar sambil menunjukan isyarat PEACE
dengan lembu yang baru dikorbankan

Tertib melakukan ibadah korban atau sekumpulan manusia yang
melepaskan geram tuntutan Royalti Minyak pada seekor lembu?




Wednesday 24 October 2012

MCA & HUHUD. Apa yang aku faham.


21 Oktober 2012
Resolusi 2.3 yang diluluskan pada perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke 59

“The General Assembly condemns DAP for misleading the Chinese community on PAS’s hudud laws, paving the way for the implementation of PAS’s agenda in Malaysia.”

Apa yang aku faham, MCM menentang undang2 HUDUD PAS (Hudud versi PAS) yang tercetus atas kepentingan politik semata-mata.

Antara dalam draf Hudud PAS Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu yang dibuat oleh PAS ada menyatakan :

>Orang bukan Islam tidak termasuk dalam perlaksanaan undang-undang ini.
>Seksyen 14 menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri.

Mana yang anda pilih? Hudud PAS atau Hudud ISLAM?

Friday 12 October 2012

Bila Cemburu Menguasai Iman


Bila cemburu menguasai iman seorang Ilmuan Agama.






Saya mengambil keputusan untuk mendapatkan kepastian. Saya menelefon ustaz muda UMNO yang dimaksudkan. Saya juga bersiap sedia untuk membidas beliau sekiranya beliau mengaku merendah-rendahkan Syeikh Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik. Namuan yang mengejutkan saya ialah, beliau menafikan pernah meragui akidah kedua tokoh tersebut. Bahkan beliau memuji keduanya. 

Ustaz tersebut juga menceritakan bahawa beliau telah menjelaskan isu tersebut kepada Ustaz Hussein Yee. Akhirnya Ustaz Hussein Yee tahu bahawa isu ini hanyalah tuduhan tidak berasas (fitnah) yang dilemparkan oleh pihak yang tidak berpuas-hati. Perbualan saya dengan ustaz tersebut berakhir dengan beberapa nasihat berharga dari hadis Nabi SAW.