Wednesday 25 January 2012

Pertandingan Mencipta Logo

Blogger Ikrar Pemuda telah mendapat tempat pertama dalam peraduan mencipta logo semperna program mempromosikan semula rebranding PARTI ISLAM ke PARTI SUKAN. Berikut adalah logo juara yang dimaksudkan beserta penerangan.



PARTI SUKAN SE-MALAYSIA

Penerangan logo :

Justifikasi bola bukan sahaja kerana PAS bertanggungjawab menjaga hal-ehwal sukan, tetapi ianya juga menggambarkan PAS di dalam Pakatan yang mudah disepak-sepak ke sana kemari oleh Anwar, golongan PAraSit, dan juga PKR dan DAP.


Lawat ke blog Ikrar Pemuda

Mari Berbual Dengan PAS

Nik Abdul Aziz juga berkata :

1. Kerajaan negeri juga mengambil keputusan tidak membenarkan wanita menyertai tilawah al-Quran yang diadakan setiap tahun. Usaha tersebut dilakukan bagi menjaga aurat wanita dari segi suara.

2. Di Kelantan sejak 1990 lagi kita mengekang gejala tersebut di mana wanita dewasa tidak dibenarkan mempersembahkan nyanyian di depan khalayak ramai



Program Kelantan Got Talent :
Artis baru yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’ Najwa Latif bakal membuat persembahan di Kelantan sempena program ‘Kelantan Got Talent, Ladies Night’.

Program tertutup khusus untuk golongan wanita sahaja itu akan diadakan di Kelantan Trade Cantre kira-kira 2.30 petang dan pukul 8.45 malam untuk Ladies Night, pada 23 Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar (gambar) ketika memberitahu media berkata, program berkenaan dianjur bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru dalam hiburan.

“Saya sedar ramai anak-anak kita serta kaum wanita kita yang boleh menyanyi atau membuat persembahan, cuma bakat saja tidak dicungkil.

“Program ini kita anjur juga untuk menghibur kaum wanita, kerana hiburan itu fitrah manusia yang memerlukan hiburan, cuma program ini tertutup macam biasalah khusus untuk kaum wanita sahaja,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis rebranding Perdana Resort oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

Katanya lagi, majlis itu bermula jam 2.40 petang dan ianya terbuka kepada kaum wanita berusia 15 tahun ke atas, termasuk rakan media di kalangan wanita. - Harakah

Tuan Ibrahim pun nak kecek jugok..


Setiap rakyat di negeri ini akan mendapat tanah untuk lot rumah sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri pada Pilihanraya Umum ke-13.

Alahai syumul nye muka ko..
Nak menipu tu agak-agak woi..
Lubang kubor boleh la....


Bawa Dari Gelombang Kick


Apa la nak jadi dengan ko ni Nik....

UMUMNYA masyarakat Islam kesal dengan dakwaan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat, bahawa 'Allah lagi samseng'. Dulu dia pernah menuduh Allah mencarut. Kemudian dia mencetuskan kontroversi 'undi PAS dapat pahala' dan tuduh UMNO sebagai 'barua'. Kenyataan kontroversi Nik Aziz kali ini mendapat reaksi spontan daripada warga agama tempatan dan Selatan Thailand. Ikuti pandangan mereka berhubung dakwaan Nik Aziz.

1.)  Mengikut kaedah Usuluddin, barangsiapa  yang meletak sifat kekurangan kepada Allah, mereka adalah salah. Murtadlah mereka jika sampai ke tahap itu. Kita sudah tahu sifat tuhan.Sifat Tuhan tu apa? Belajarlah sifat 20. Mengikut ulama Usuluddin,kita semua wajib belajar sifat 20 itu. Banyak lagi sifat Allah Taala tidak terhingga. tetapi sifat kekurangan itu yang tidak ada pada Tuhan. Sifat samseng itu sifat mahmudah kan atau sifat mulia kah yang (Nik Aziz) nak letak kat Tuhan tu?- 
Ustaz Haji Mohd Yasin Mohamad, guru agama di Kelantan.

2.) Kalimah hina Tuhan tu haram, kita nak kata tak boleh. Ulama yang bercakap lagu tu kena jauhi. Tuhan jangan disekutukan dengan satu apa pun tak boleh. Kita nak kata Allah Taala serupa tu(samseng) tak boleh - 
Tok Guru Haji Razak dari Pendang, Kedah.

3.) Semua kita tahu belaka kata hukum menyamai sifat Allah dengan makhluk ini tak boleh. Menyamai zat Allah dengan zat makhluk tak boleh, menyamakan perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk tidak boleh. Itu jelas tentang apa yang dilarang dalam Islam dan sampai keluarnya agama. -
Syeikh Ismail Lotfi Al-Fatani, Rektor Kolej Islam Yala, Thailand.

4.) Yang sebenarnya Nik Aziz ni dari segi pengajian dia hanya faham Quran dan Hadith. Itu sahaja. Dia pula belajar di India, dia bukan alim di Mekah. Dia alim di India. Dari segi Usuluddin dia tidak mendalami. Dia mendalami dalam Quran dan Hadith sahaja. -
Ustaz Haji Abdul Aziz Abdullah, bekas imam di Pangkal Kalong, Kota Bharu.

5.) Benda-benda yang bersangkutan dengan Allat Taala kita kena teliti dan kita kena tengok. dan bila kita terjemah itu biarlah tidak mengelirukan dan orang boleh faham positifnya Allah Taala itu, sempurnnya Allah Taala itu. Manusia dimana-mana pun tak boleh sempurna, ada kesilapan. Tak kiralah dia tu orang awam ke, ulama dan sebagainya. Maknanya dia tak boleh cakap 100 peratus betul. -
Prof Madya Syed Omar Al-Saggaf, Rektor Institut Pengajian Islam Perlis.

6.) Kalau orang sanggup kata Tuhan ni samseng ertinya dia terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.. -
Ustaz Haji Zainal Abdul Rahman, Kelantan.

7.) Apa nama pun yang sebenarnya dia kena tafsirkan sesuai dengan keagungan Allah. Itu yang perlu. Bila samseng ni it sounds very bad sebut samseng ni. Kalau kita sandarkan kepada Allah sifat macam tu, ini satu benda yang tidak patut berlaku. -
Dr. Fakaruddin Abdul Mukti, Pensyarah Jabatan Akidah di sebuah universiti tempatan.


8.) Sifat-sifat Al-Mutakkabir, Al-Jabbar, Al-Qahar itu hanya layak untuk Allah SWT. Manakala manusia ni (Nik Aziz) nak pertikaikan pulak, tak kesampaianlah sebabnya kita sendiri pun manusia dijadikan Allah SWT.
Datuk Hassan Mat Jaya, Mufti Negeri Perlis.

9.) Kalau ikut ilmu Tauhid, kalau perkara itu terbit daripada orang-orang alim ataupun wali-wali Allah sekalipun kena takwil juga dan haram. Kalaupun orang yang berkata itu dia kata ada maksudnya yang tersendiri, itupun haram juga itu kerana orang awam mendengarnya lebih-lebih lagilah akan jadi menyesatkan pula. Haram bercakap macam tu. Kalaupun nak diberi orang faham, kena cakap dalam majlis-majlis yang tertentu sahaja,-
Tok Guru Haji Hashim Daud, guru agama di Padang Sera Kedah.

10.) Perkataan samseng ialah sifat mazmumah, sifat yang dicela oleh syarak. Jadi sebenarnya hujah Nik Aziz yang mengatakan kita orang Pas samseng maka Allah lebih samseng maka itu sudah menentang dengan akidah Islam.-
Ustaz Wan Ismail Wan Abdul Rashid, bekas Imam dari Kota Bharu, Kelantan.

11.) Setiap nas Qati'e yang ada dalam Quran, misalnya Yaadon, nak terjemahkan dengan makna tangan tak boleh. Wajnun nak terjemah dengan makna muka tak boleh. Wajhun dengan makna Zat, supaya tadak kesamaran kepada umat Islam seluruhnya. Dengan demikian saya rasalah orang-orang yang mengatakan sifat Tuhan itu samseng perlulah bertaubat. Sebab imi adalah satu dosa besar. -
Haji Abdullah Ahmad, Pegawai dakwah negeri Kelantan.

12.) Apabila seseorang manganggap dirinya lebih alim,lebih warak dan lebih besar semutal daripada orang lain, maka begitulah jadinya. Bercakap merapu dan meracau seperti orang kurang siuman. Jadi tidak hairanlah kalau di Kelantan ketika ini lebih ramai mempunyai manusia kurang siuman, sebab Tok Guru mereka yang kurang waras dan bersifat riak.-
Mat Daus Yunus, 72 tahun, Kampung Tok Lebir, pasir Mas, Kelantan.

13.) Saya bimbang apabila anak-anak muda dan orang tua mendengar Tok Guru mereka kata Allah sanseng, nanti mereka akan mengiyakan dan tidak lagi menyembah Allah. jadi memang patut dia bertaubat.-
Mohamad Ishak, 65 tahun, guru Quran, Kg.Ana, Tumpat Kelantan.

14.) Seumur hidup saya inilah kali pertama saya mendengar ada manusia mengatakan Allah samseng, Selama ini saya tidak pernah diberitahu oleh Tok Guru di kampung bahawa Allah itu samseng.Apa yang Tok Guru saya ajar ialah tuhan itu maha kaya, maha penyayang, maha pengasih, dan maha pengampun.
Haji Wan Ismail Yaakob , 70 tahun Guru Al-Quran ,Ketereh Kelantan

Wednesday 18 January 2012

Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad





1. Dalam sejarah kehakiman di Malaysia, Anwar menang pertandingan membuat “appeal” atau rayuan terhadap keputusan mahkamah yang dikenakan kepadanya.

2. Selama empat tahun kita tidak dengar lain selain daripada appeal Anwar terhadap keputusan mahkamah berkenaan dirinya dalam kes Saiful.

3. Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah. Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah. Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

4. Setelah diputus yang hakim berkenaan boleh dengar rayuannya, ada lagi rayuan yang dikemukakan.

5. Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah ia akan membuat appeal kepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court).

6. Jika Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Federal Court.

7. Jika Federal Court mengesahkan keputusan oleh High Court dan Appeal Court, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Special Court.

8. Tetapi apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tidak ada corroborating evidence, hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

9. Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

10. Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?

11. Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam, dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambilkira?

12. Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan Pakatan bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapok dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?

Saturday 14 January 2012

Politik Yang Di Suntut

Aku agak tertarik dengan cakap kawan-kawan dalam menceritakan kisah masa depan politik Malaysia. Terlalu banyak ramalan yang dikeluarkan. Ada yang sampai kata telah ditetapkan dari zaman atok moyang perdana menteri sekarang. Cerita.... memang sampai tek tarik depan mata jadi teh ais.


Bomoh rentung Pakatan Rakyat yang dibawa ke Mahkamah pada 901.

Ramalan Bomoh Pakatan

    R-  Rahman ( Abdul kat depan bomoh dah hilangkan )
    A-  Abdul Razak
    H-  Hussein
    M - Mahathir
    A - Abdullah
    N - Najib

    A - Cewahhh..dia buat tanya2 aku tu... ANWAR? Cara dia cakap mcm nak suruh nama GAY tu keluar dari mulut aku.
    B - ...
    D - ...
    U - ...
    L - ...

Berani Berkata Walaupun Pahit

Aku agak risau dengan senario yang ada sekarang. Mereka yang berani berkata UMNO adalah parti yang dia pilih, tak banyak. Kalau kat tempat aku ni boleh dikira jumlahnya. Yang aku paling respek adalah dua sahabat, pemandu kenderaan Sekolah Sukan. Berbual dengan aku siap tunjuk kad ahli UMNO. Tabik la bro. Ada satu kumpulan lagi, cerita pasal kerajaan tak adil, minyak mahal, pasal altantuya dan seterusnya anwar diperdaya. Tapi esoknya, sama-sama pula nak tubuhkan UMNO cawangan.

Filem Yang Perlu Anda Tonton

S A L T

Salt mengisahkan ejen CIA, Evelyn Salt dituduh menyembunyikan identiti sebenarnya sebagai perisik Russia dan mempunyai agenda membunuh Presiden. Russia telah merekrut beberapa kumpulan kanak-kanak istimewa yang diasuh dari kecil sebagai perisik/assasin. Kemudian mereka ini akan dihantar ke sekolah sehingga berjaya dalam akademik dan seterusnya menyelinap masuk bekerja dalam agensi kerajaan Amerika Syarikat sebagai pegawai atasan. Sehinggalah satu tempoh, mereka akan melaksanakan misi asas perjuangan, memporak perandakan negara & membunuh presiden.

Taliban Yang Bijak

Apa yang ada di Malaysia sekarang ini pun tak lari dari filem SALT. Banyak pelakon tambahan. Baik dari akar umbi hinggalah kepada pemimpin.Tak tahulah adakah situasi ini disedari oleh Kerajaan Barisan Nasional. Lenanya mereka digosok sampai Mahasiswa naik kepala. Lenanya mereka digosok sampai ISA dimansuhkan. Pelbagai artikel hasutan dibukukan seperti dapat lesen percetakan kelas A1. Jangan sampai sehingga satu masa, sedang kita sorak gembira, tiba-tiba diberi tamparan seperti mahkamah memutuskan anwar tidak bersalah.

Antara Projek Cemerlang Mereka


Lihatlah bagaimana Majlis Peguam yang kononnya mendokong demokrasi dan adil lalu menyokong BERSIH tiba-tiba berhimpun bersama PAKATAN akhirnya menidakkan hak SAIFUL untuk merayu? Bukankah mereka ini sepatutnya bersifat neutral? Adakah cerita ini telah dirancang atau bersifat kebetulan?


Jadilah rakyat yang bijak. Jadilah pengguna yang bijak.


Wednesday 11 January 2012

Istimewa Untuk PAS


KELANTAN TETAP LARANG QARIAH SETAI TILAWAH


Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan dilakukan sebahagian wanita Islam yang ghairah bernyanyi di depan khalayak ramai tanpa memikirkan masalah aurat dari segi pemakaian dan suara cukup dibimbangi. “Apakah orang Melayu khususnya golongan wanita boleh hidup dengan hanya bernyanyi semata-mata. Kita bimbang kecederongan itu merebak memandangkan tiada usaha kita untuk menyekatnya.

"Di Kelantan sejak 1990 lagi kita mengekang gejala tersebut di mana wanita dewasa tidak dibenarkan mempersembahkan nyanyian di depan khalayak ramai," katanya ketika menerima kunjungan Pegawai Unit Dakwah Halaqat di pejabatnya, baru-baru ini. Rombongan itu diketuai Ketua Unit Dakwah Halaqat Ngeri, Ustaz Abdullah Abdul Razak.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, kerajaan negeri juga mengambil keputusan tidak membenarkan wanita menyertai tilawah al-Quran yang diadakan setiap tahun. Katanya, usaha tersebut dilakukan bagi menjaga aurat wanita dari segi suara.

Beliau juga berkata, walau pun ada pendapat mengatakan suara wanita itu khilaf pada pendapat sesetengah ulama, namun kita memilih mazhab yang berpendapat suara wanita itu aurat.

Hujah itu disokong Ustaz Abdullah dengan merujuk Imam Shafei pada risalahnya, 'Hukum Nyanyian' yang menyatakan pemilik jariah apabila berkumpul mendengar nyanyiannya, maka dialah orang yang bodoh dan tertolak syahadahnya.

HIBURAN UNTUK NIK AZIZ
Kumpulan   : Teransang
Tajuk Lagu : Atas nyanyi bawah pun nyanyi
Ciptaan     : Anu Ghairah



~ Wassallam ~`

Monday 9 January 2012

Mahkamah Allah Mahkamah Rakyat-Zul4kulim





LIWAT PAKSA LIWAT RELA?

Kedua, perlu diingatkan bahawa aduan yang dibuat oleh Saiful dan pertuduhan yang dikemukakan oleh Pendakwaraya terhadap Anwar dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan ialah melakukan liwat melalui “dubur” terhadap stafnya Saiful Bukhori secara paksa! Maka Pendakwaraya mesti membuktikan tanpa sebarang keraguan elemen-elemen berikut:

mesti ada kemasukan kedalam dubur;
kemasukan itu secara paksa tanpa kerelaan.
Secara peribadi, teman cukop yakin beban pembuktian elemen pertama telah berjaya dibuktikan! Iaitu berlaku kemasukan oleh Anwar kedalam dubur Saiful (penetration of the anus). Ini dibuktikan dengan adanya sampel airmani yang disahkan milik Anwar yang ditemui didalam dubur Saiful. Bermakna dari segi perlakuan, kegiatan “liwat” mungkin sudah berlaku.

Cuma pembuktian elemen kedua dikatakan menimbulkan keraguan Sebab itulah Karpal Singh membangkitkan isu samada Saiful dipaksa? Sedangkan kata Karpal Saiful pergi sendiri ke kondominium itu, dia membawa bersamanya pelincir KY Jelly, dia mempunyai peluang untuk lari keluar tetapi tidak berbuat sedemikian, dia tidak menjerit atau meminta pertolongan, dia boleh duduk minum kopi bersama Anwar selepas adengan liwat itu, dia tidak terus pergi buat repot polis, dia masih hadir pertemuan bersama Anwar selepas itu; dan lain-lain faktor yang Karpal dakwa tidak membuktikan ujudnya elemen paksaan atau tanpa rela!

Sebab itu ada yang menegaskan bahawa pembuktian yang dikemukakan sekadar membuktikan kegiatan liwat atas dasar suka sama suka antara Anwar dengan Saiful, tetapi tidak ada unsur paksaan atau tanpa kerelaan! Pendek cerita, tidak ada bukti Anwar ‘merogol’ Saiful!

Ini sinonim dengan keputusan Mahkamah Persekutuan tahun 2004 semasa membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar, bila Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa “walaupun kami mempercayai berlaku kegiatan liwat ini, namun bukti mengikut kehendak Akta Keterangan tidak cukup untuk mensabitkan Anwar dengan kesalahan jenayah meliwat dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan!”.

Apa maksud semua ini? Ini bermakna walaupun terlepas dari segi kehakiman dan perundangan, tetapi dari segi moral, etika dan politik; akhlak dan moral Anwar Ibrahim sangatlah diragui untuk melayakkan dia menduduki kerusi kepimpinan pembangkang, apatah lagi menjadi calon bakal Perdana Menteri untuk negara umat Islam Malaysia ini!

Dan itulah pendirian YB Datuk Dr. Hasan Ali semasa menegaskan bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin pembangkang, apatah lagi menjadi calon Perdana Menteri. Kerana kata Dr. Hasan Ali, Anwar mempunyai masalah akhlak dan moral yang serius. Sehingga Dr. Hasan Ali membuat keputusan tidak akan pergi menyertai himpunan untuk mendengar keputusan kes peribadi Anwar hari ini!

Mood Layan....






Klik ~


Sunday 8 January 2012

901 : Menjatuhkan Sebuah Negara Islam




Perhimpunan MALAPETAKA yang berselindung di sebalik menuntut keadilan seorang lelaki yang bakal dijatuhkan hukuman dalam kes liwat.

Dendam bermula dari dipecat semasa era Mahathir. Dipenjarakan atas kesalahan korupsi & liwat. Di beri pengampunan oleh Pak Lah.. Dari racun arsenik yang disuntik semasa dalam penjara sehinggalah ubat pembesar zakar yang disapu oleh trio 3 Datuk sampai zakarnya menjadi superb & telah diperdayakan oleh beberapa bomoh upahan UMNO sehingga menyangka China Doll itu adalah Kak Jah!

Kini beliau telah kuat dengan gabungan 3 parti PKR, DAP & PAS. Pelbagai siri jelajah Malaysia dibuat untuk menabur fitnah seperti yang dikatakan oleh anak Nik Aziz tentang kezaliman kerajaan Malaysia yang telah membuat rakyat hidup melarat, ditindas, ekonomi jatuh, tak stabil, FELDA bangkrap ( Anak ) dan korupsi.


Kemudian bersama kekasih gelap.. Ambiga, membawa  rakyat berhimpun semata-mata untuk menuntut satu pilihanraya adil BERSIH, sebaliknya menimbulkan provokasi tentang kezaliman polis yang telah dibayar Barisan Nasional untuk menghancurkan rakyat. Cerita di besarkan & dipesongkan. Gambar Anwar Ibrahim melakonkan watak sedang nazak kerana salah step lalu terjatuh dan dipijak pula oleh penyokong sendiri semasa melarikan diri ( memang sial nasib orang tua ni ) disajikan kepada orang kampung dan luar bandar terutamanya semata-mata untuk menimbulkan kebencian kepada polis & kerajaan sekarang.



Kalau mati ni kira mati syahid?

Adegan tak jadi mati

Tekanan demi tekanan telah menyebabkan kerajaan bertolak ansur dengan memansuhkan ISA, membenarkan perhimpunan politik, membenarkan mahasiswa berpolitik dan sebagainya. Tak cukup dengan penyokong2 taksub yang otaknya seberat 2 gram, mereka menyuntik otak Mahasiswa pula dengan morfin yang UMNO gunakan dalam percubaan menghapuskan Kak Jah tapi salah cucuk!! Kena pulak tapak tangan body guard Kak Jah yang selalu berangan Kak Jah tu Whiteney Houston dalam filem The Body Guard sehingga jantungnya berhenti & pengsan selama 15 minit. Sebilangan kecil Mahasiswa yang telah disuntik otaknya ini pula telah besar kepala bertindak sehingga melampaui adat & budaya dengan berhimpun, memanjat pagar, mencabar, memaki hamun, memecahkan klinik & ada pula yang berlakon nazak sampai boleh nampak malaikat maut datang lepas tu hidup semula & berkerusi roda macam Mat Sabu yang jatuh motor semasa melarikan diri dari Polis. Mungkin inilah akibat terlebih makan subsidi kerajaan.

Papa memang Hebat

901 adalah kemuncak gabungan MUSLIHAT dalam menumbangkan kerajaan negara Malaysia yang ada sekarang. Semuanya adalah kerana gila kuasa yang menggila-gila dikalangan pemimpin gila Pakatan Setan.

Anwar musibah negara

Kita akan menyaksikan HIMPUNAN RAKYAT PAKATAN SETAN yang menolak Himpunan Sejuta Umah. Mereka akan berkumpul depan Mahkamah. Mereka akan mengulang semula latihan taliban yang telah diasuh dalam beberapa siri rusuhan yang telah dilakukan dalam negara ini. Mereka akan bersama Mahasewel, Pak Cik, Mak Cik terpilih dari kampung & Felda, wartawan luar & kakitangan awam yang menyokong mereka. Mereka akan berhimpun disebalik perhimpunan aman yang bakal bertukar menjadi MALAPETAKA abad ini. Mereka akan menjadikan Malaysia seperti jatuhnya negara-negara Arab Barat.

BENTENG

Hanya mereka dibawah inilah yang akan bergadai nyawa dalam mempertahankan kesejahteraan negara. Mereka inilah yang dicaci, dihina & difitnah. Mereka bekerja secara halal. Dibayar gaji halal. Mati mereka mati berjuang. Isnin, 9 Januari 2012, mereka akan keluar meninggalkan anak isteri di rumah semata-mata untuk mempertahankan keamanan & menjaga kedaulatan Negara tercinta.



~ Wasallam ~


Saturday 7 January 2012

Kata2 Keramat NAMEWEE untuk 901


100,000 penyokong PKR terdiri dari kaum Lut tegar bakal dihimpunkan di depan Mahkamah semperna keputusan terakhir kes liwat bakal Perdana Menteri Liwat pertama dunia pada 9 Januari 2012. Sekiranya perhimpunan ini berlaku, maka diistiharkan Parti Keadilan Rakyat telah berjaya mengalahkan perhimpunan sejuta umah dalam menangani isu akidah.

Turut bersama penyokong pembangkang dikalangan kakitangan kerajaan terdiri dari Cikgu2 sekolah, Ustaz, Ustazah, Posmen, Peguam, Pakcik Makcik peneroka FELDA & FELCRA, Pengarah, Timbalan Pengarah, Pegawai, Pengurus, Pembantu Tadbir dijangka akan hadir dengan semangat membara Bebaskan Anwar.


Power lah Melayu !!!


Namewee kata...


Thursday 5 January 2012

Mesti baca! Bachaa.. hebat tak aku?


Dia gasak dalam parlimen,
dia gasak atas pentas ceramah,
dia gasak di dada akhbar..

maka...

Atas dasar kelembutan & play safe
maka berlakulah kemansuhan
Akta Keselamatan Dalam Negeri
dan Buang Negeri, menggubal semula
akta percetakan, penerbitan &
perhimpunan politik.


Errr... Bos, kalau kita buang terus mende ni, rakyat akan sokong kat kita sebab kita ni baik hati. Nanti Bos kompom sap sap soy je boleh menang!




Gosok punya gosok pulak....
Menggunakan Mahasiswa untuk
menggesel sampai lentok..


maka...


wujudlah New Politics, Mahasiswa
bebas berpolitik seterusnya mansuh AUKU..




Hasilnya...

100,000 penyokong akan buat rusuhan
pada 9 Sept 2012 dan mereka ini akan
bergabung dengan Mahasewel lalu mencetuskan Provokasi Manusia & Teknologi
yang terhebat dalam sejarah Malaysia


Wake up!!

Tuesday 3 January 2012

Ilmuan Agama Yang Cepat Melatah

Aku malas nak tulis tentang sedara kita ni. Biar tulisan dia sendiri yang bercerita.

~ Sebelum Eksiden ~
Tanpa siasat, terus provoke statement. Lalu...kawan2 dia kat FB komen pulak...
cakap polis lebih takut dengan org atasan & UMNO  daripada takutkan Allah.
Steadylah Dr Maza!


Yg ni plak kes budak koma hidup kembali. Kalau dalam cerita X-Men tu
dipanggil Wolverine. Makhluk yang tak bole mati.
Dan macam biasalah, teman2 dia dalam FB pun cakap....
SEMUA POLIS ADALAH ANAK HARAM.
Cayalah Dr. Maza!


Yang ni lagi best.. OK...Serius sket.
Dr. Maza kena skolahkan dengan Zakuan Yusop. Orang biasa aje..
Cover malu bro...


Al-Kisah orang kita..
Dah eksiden baru tersedar....
Aku hanya manusia biasa...yang baik datangnya dari Allah SWT
Yang buruk datangnya dari diri kita sendiri..



Monday 2 January 2012

Prank : Maharaja Penipu Mega

Daripada Ketua Umum, Presiden2 haram, Cabang, Ranting, Pencacai, Penjilat sampailah ke anak-anak ikan kaki penipu. Kerjanya menipu...menipu dan menipu. Yang tak kena tipu hanyalah orang UMNO. Sebab orang UMNO ni bijak, mereka suka tengok, senyum & ketawa dalam hati.

Nak bukti? Gambar2 ni aku kumpul dari blog sahabat2 satu saf.

Sawan Babi
Ni gambar lepas kena pukul sampai nazak, koma,
parah gigi patah, tulang rusuk patah & sikit lagi nak mampos.
Yang sebelah kanan tu aku dah malas nak cerita.
Orang lain koma dia pun menyemak nak koma.

Ni dari twitter Adam Adli a.k.a. Sampah Masyarakat.
Dah memang dasar sampah pun. Tak lama lagi kena buang dari UPSI.
Mak Bapak & Penjamin yang mampos menanggung.

Yg ni plak, HARAKAH yang HARAM. Lepas kantol menipu pasal
Hassan Ali minta maaf dengan Pok Nik, maka dia menipu lagi sebab
menipu itu satu ibadah buat mereka. Seperti biasa, kantol lagi.


Yang ni penipu versi muslimah. Ahh Sudah!!...
Yang betina pun berlumba-lumba nak menipu! 


Tapi berjaya dipatahkan dengan Tnc Hepa Upsi dengan bergaya.
Ambik ko..

Statement dari TNC HEPA UPSI

Laporan Penuh Dari Dato Dr Junaidy Timb. Naib Canselor UPSI

Pada jam 5pm UPSI dapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan.

Jam 10pm , kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju ke UPSI. Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar.

Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke UPSI sepenuhnya, berkawal bersama bantuan suksis. Pihak polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force)

Demi menjaga maruah UPSI seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan “we love UPSI “. Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman UPSI. UPSI bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar. Rata-rata Facebook dan blog yang cintakan UPSI, menyatakan sokongan agar bumi UPSI tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini.

Sekitar jam 2.10 pagi pelajar-pelajar akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh UPSI dan TNC mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua, anjing) terhadap Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan, UMNO dan pemimpin UPSI.

Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU. Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan, bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU. Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar UPSI dijulang utk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada dikalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama.

Mereke terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.

2.20am Polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat didepan simpang klinik shifa, kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya, bertindak sebagai perisai manusia serta konfran polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti mesir dan Tunisia. Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet, pelajar undang2 UNIVERSITI MALAYA (pakai baju merah, muka macam cina) cuba provokasi pihak LSF dan polis. Polis sekadar mengawasi, tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.

2.35am Mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan “Buka Pintu” dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya “membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO”.Pintu pagar UPSI telah digegarkan oleh mereka , ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat, OCPD mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam UPSI dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar suksis UPSI, serta pemimpin pelajar yang berada dalam kampus. Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.

Oleh kerana mereka tidak mengindahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman, mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin klinik shifa. Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka.

Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel. Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.

Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar UPSI yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan UPSI sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Tindakan sepenuh pada tanggungjawab polis kerana diluar kawasan UPSI dan TNC HEP mengarahkan agar staf/pelajar berada didalam dan tidak membuat provokasi, sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat.

ACP/KS DATO’ DR JUNAIDY ABU BAKAR
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM


Tabik spring untuk Mahasiswa yang tidak menyokong
usaha langau-langau taik ni.

~ Selamat Tahun Baru ~



Gempar Dari Kampung!



"Orang kampung mendoakan korang ni cepat MAMPOSS!!!".

Mungkin  itulah luahan hati Pak Jubri ( nama samaran ) & sedara-mara yang memikirkan saban hari kelompok budak-budak UPSI taraf pencacai ni menyusahkan kaum keluarga & penjamin2 pinjaman pengajian mereka selepas mereka ditangkap polis kerana melanggar undang-undang.

Melanggar undang-undang :
Ditangkap kerana terbabit dalam perhimpunan haram & mengganggu ketenteraman awam.

Undang-undang negara :
Tido lokap. Masuk mahkamah. Kena dakwa. Bayar denda atau tido balik lokap.

Akta universiti :
Masuk mahkamah pelajar. Kena dakwa. Denda. Gantung pengajian. Kena buang. Yang tak kena buang, rekod pelajar kotor. Lepas tu jangan terhegeh2 nak jadi guru.

Masa depan :
Mana yang pandai bercakap tu bole la bisness MLM. Yang lain tu pandai2 korang la.



Ni bukan babak dalam Ombak Rindu

Ayat dari bibir penyokong mereka :
Koma, parah, nazak, Polis kejam, Polis zalim.

Ayat aku : 
Khhhaaakkkkk...Ptuiiiihhh!!!


Menurut blog Tun Faisal….. “Kelihatan dua `malaikatul maut' sedang menarik sedikit demi sedikit roh Safwan Anang. Tidak lama lagi dia bakal bertemu Imam Mahdi yang kehilangan jam Omega di Taman Syurga...... Lagi dongeng pelajar kurang ajar! ……”

Antara pelakon veteran yang menjadi idola

Adegan tak jadi mati.
Eh? Budak2 korang kata ko dah nazak kena pukul polis??
Lagi skali : Khhaaakkkkk...Thuuuiii!!!




Atas ni pulak twitter budak Munafik tahap tapak kaki. Apa kena mengena dengan menteri? Bila masa pulak menteri arahkan Polis buat kerja kotor malam tu... Alahai anak mak... Kau tulis macam budak otak kosong. Yang memerhatikan kau adalah rakyat terpelajar. Rata-rata otai dah lama grad beb...

Lihat video di bawah, siapa yang buat hal? Sapa yg provoke polis.. Sapa yang kena sawan babi lari rempuh cermin  klinik. Tapi yang sadis tu bila dengar suara student pompuan terjerit-jerit macam nak selamatkan dara dari kena rogol. Apa la dalam otak mereka... 


Detik cemas?
Selamat Tahun Baru!