Saturday 31 December 2011

Dari Aku Kerja Kilang, Baik Aku Berpolitik



Kenyataan terbaru Adam Adli di blog Pakatan mengesahkan bahawa beliau sah bersama PKR dan  menentang seluruh  orang dalam  UMNO !    Seruan Adam yang menuduh parti UMNO sebagai parti samseng dan mengajak rakyat menolak UMNO BN memang sudah tahap gampang !


Dari aku kerja kilang, baik aku join politik. Pungkok melecet pun melecet lah... Mungkin itulah luahan hati budak terlanjur ni. Kuliah dah banyak ponteng, dah mencemarkan imej UPSI, musuh dah banyak, kawan-kawan pun dah tak suka. Hutang pinjaman nak kena bayar. Mak bapak dah stop hantar duit makan sebab ponteng kuliah. Tunggu masa nak kena mengadap jawatankuasa disiplin pelajar... Perghhh.... gelap masa depan. Habis kuat jadilah budak tampal poster sebab Diploma pun tarak.... Adoaii...Terima kasih SMM!!

Friday 30 December 2011

Alamak...! Dr Asri Kena Beli Dengan UMNO ???




Dalam twitter beliau ,Dr. Asri Zainul Abidin,mantan Mufti Perlis yang juga kini Pensyarah Pelawat di Oxford University menyatakan bahawa beliau telah menghantar SMS kepada Dato' Seri Jamil Khir Baharom mengenai isu tuduhan salah guna wang zakat kepada Jamil Khir dan 2 lagi yang lain untuk mengetahui kesahihan sebenar tuduhan itu.


Berdasarkan tweet Dr. Asri, beliau kemudiannya mendapat balasan SMS dari Jamil Khir yang mengatakan bahawa wang guaman kerajaan yang digunakan dan bukannya wang kutipan zakat untuk bayaran kepada khidmat guaman.


Kemudian DS Jamil Khir sendiri menelefon Dr. Asri menjelaskan satu persatu mengenai permasalahan yang timbul itu dan Dr. Asri faham kedudukan wang yang digunakan


Dr. Asri juga mencadangkan kepada DS Jamil Khir supaya membuat kenyataan terbuka kepada media segera dan beliau akan buat katanya.


Berikut merupakan tweet dari laman twitter Dr. Asri mengenai isu tuduhan itu




Bikin rosak ana punya program lah!!!


Thursday 29 December 2011

Antara Mahasiswa Terbebal Dalam Malaysia

Budak TESL. Masuk UPSI loan Kerajaan. Kalau tak pakai loan guna biasiswa Kerajaan. Cakap perbuatan mewakili Mahasiswa Malaysia. Tiada dorongan parti politik. Tapi kenapa turunkan bendera UMNO?? Bodohkah statement Adam Adli ini? Adakah dia mewakili mahasiswa atau mewakili Bard Gemok? Anuar? Tian Chua? PKR?


Ni lah makhluk paling BODOH yang pernah aku jumpa. Keluar statement semua tak sama dengan apa yang dia buat. Nak tambah sket. Budak ni buat roadshow tour Malaysia pakai duit bapak dia ke duit bapak Anuar? Ni suara Mahasiswa ke suara PKR?



Kenali Adam Adli :

Gaya bahasanya,

Fahaman politiknya, 



Sekian.

BOHONG ITU IBADAH MEREKA

Ini petikan dari Harakah, 28 Disember 2011.

Link sepenuhnya disini :

BACHOK, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.

Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.

Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.

(Nik Aziz melawat Pantai Irama, Bachok yang terjejas teruk akibat hakisan ombak)

Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia."

Kenduri kesyukuran

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.

"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.



Ini petikan dari The Star, 29 Disember 2011

Link sepenuhnya disini :

PETALING JAYA: Bekas Pesuruhajaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali pada Khamis menafikan beliau memohon maaf kepada pucuk pimpinan PAS mengenai kritikannya terhadap parti itu sebelum ini pada pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, Kota Baru, Kelantan, kelmarin.

Penafian tersebut sekaligus menolak kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa Hasan memohon maaf kepada pucuk pimpinan parti di atas keterlanjurannya.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia membidas laporan portal rasmi PAS, Harakahdaily mengenai perkara itu.

“Soal saya turun ke Kota Baru untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

“Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti kerap kali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Hasan, beliau dan bekas Timbalan Naib Presiden, Nasharudin Mat Isa dijemput menghadiri satu majlis mahabbah bersama Nik Aziz, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Beliau berkata, majlis tersebut menyentuh hala tuju parti, persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan perjalanan harakah sebagai lidah rasmi parti.

“Kami memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya,” katanya.

Sementara itu, Hasan turut menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan parti terhadap beliau dalam memperjuangkan Islam di negara ini – mstar


Ni plak jawapan HARAKAH hari ni.

Petikan 29 Disember 2011

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Harakahdaily mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Sehubungan itu, kami menafikan berita itu diputarbelitkan sebagaimana di dakwa.

Berikut adalah asas kepada berita berkenaan.

Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember.

Tuan Guru Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik.

Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf.

Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah?

Terimalah.

Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru?

JKR 10

Wartawan: Ustaz Nasha...

Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai.

Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut "kalimah Arab" - "Hari ini Hari Perang". Nabi kata tidak, "kalimah Arab" - "Hari ini hari kasihan belas". Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap.



Text kat bawah ni tulisan dari HARAKAH pada 28 Dis 2011 :

"Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya"

Mana statement dari Hasan Ali & Nik Aziz sama dengan tulisan HARAKAH kat atas ni??

Anda nilai sendiri


Wednesday 28 December 2011

PAS, Parti Islam SeMalaysia...

Mungkin inilah ajaran Islam sebenar yang telah diterapkan dalam jiwa penyokong PAS. Kopiah & berbaju hijau, janggut & bait2 hadis cukup melambangkan betapa tinggi ilmu & tebalnya iman di dada mereka. Sudah tiada lagi nilai2 kemanusian, tiada lagi rasa hormat kepada sesama umat, cacian & maki menjadi semanis juadah kurma pembuka puasa. Inilah hasil didikan mereka ini yang bergelar Parti Islam Se-Malaysia, PAS.


Siapa mereka ini?
Lelaki-lelaki DAYUS berkopiah.
Ahli PAS.
Parti Islam Se-Malaysia.


Teo Beng Hock. Last2 dapat tau mati bunuh diri sebab
gentleman nak selamatkan periuk nasi kawan-kawan.

Yang ni plak? Adoooaiii....

Yang ni lagi best...Taici dalam kawasan Masjid.









Tuesday 27 December 2011

Johor Premium Outlet vs Baazar Tok Guru

Petikan dalam FB anak Pok Nik :

"Negara kita yang kaya dengan pelbagai sumber terus dihimpit
bahana kerapuhan ekonomi dan kemelaratan hidup"

"20% kelompok elit untuk melahap 80% sumber kekayaan negara,
manakala 80% rakyat miskin hanya mampu menjilat 20% sumber kekayaan tersebut"

........................................................

Mungkin ekspresi spontan yang terkeluar selepas menikmati pil kuda?.

Rakyat selalu didendangkan oleh pemimpin2 PAS bahawa rakyat Malaysia ditindas dengan kezaliman kerajaan UMNO, rakyat Malaysia hidup dalam kemelaratan, ekonomi bercelaru, kemiskinan dan macam-macam lagi. Persoalannya, adakah maklumat2 ini yang disampaikan oleh Ustaz2 politik ciptaan PAS ni benar atau fitnah?

Suka aku bandingkan antara negeri Johor dengan Kelantan. Mana yang makmur & mana yang jauh ketinggalan. 

Kenapa Johor?
1. Keluasan negeri & kepadatan penduduk sama dengan Kelantan
2. Dua2 negeri bersempadan dengan negara luar.
3. Johor kubu kuat UMNO & Kelantan kubu kuat PAS

Di bawah ini ada paparan gambar untuk dibandingkan seterusnya kita akan dapat menilai adakah ustaz2 politik ciptaan PAS ni seorang yang jujur, amanah dan ikhlas atau seorang penipu, kaki pusing, pembelit dan sebagainya dalam ceramahnya.

JOHOR 20 TAHUN

Johor Premium Outlets

Suasana dalam JPO
Suasana dalam JPO

Komplek CIQ tambak Johor-Singapura ( Kastam & Imigresen )

Bandar Johor Bahru

Kompleks Zon Bebas Cukai, Stulang

     
Persisir Pantai Danga Bay

Lapangan Terbang Senai

Lapangan Terbang Senai


KELANTAN 20 TAHUN

Kompleks CIQ ( Imigresen & Kastam ) Sempadan Kelantan-
Thailand

Zon Bebas Cukai Rantau Panjang
Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Baru muncul selepas 20 tahun, Baaazar Tok Guru

Ruang Dalam Baazar Tok Guru

Pusat Pelancongan Area Pantai Cahaya Bulan
Pemandangan Luar Homestay Wakaf Che Yeh

Pemandangan dalam Homestay Wakaf Che Yeh. Oooo yeah..

Peniaga wanita mendominasi perniagaan, yang jantah entah ke mana.

Zon bebas cukai Pengkalan Kubor selama lebih 20 tahun memerintah

 


Tahniah PAS, Kelantan Serambi Mekah.





Wednesday 21 December 2011

Di Mana Letak Maruahnya Parti Islam SeMalaysia (PAS)??




Cerita satu dunia macam nak rak, PAS akan tarbiyah UMNO. PAS akan Tarbiyah DAP. PAS akan Tarbiyah MCA. Pas lah parti Islam. Parti lain semua kafir. Sikit-sikit takbir. Lepas tu keluar pulak PAS ganti UMNO. Kena herdik sikit terus jadi DAP ganti PAS.

Hudud?
Tunggu Nik Aziz gol pun Kelantan takkan ada hudud. Salah UMNO jugak? Berapa punya bebal la bos dengan penyokong taksub mereka. Membodohkan diri sampai tak tengok TV3. Sampai surat khabar fitnah Harakah sahaja jadi panduan mereka. Tak lupa Malaysiakini, kitab unggul yang dikarang puak kafirun.


Yang aku merahkan, Goose and pork.
Tu namanya babi. Halalkah restoran ini?

Malangnya pada tarikh 28 oktober 2011, Restoran Hee Lai Ton, Seri Kembangan. Mat sabu makan malam di Restoran Cina. Racist kah aku? Tidak. Aku cuma kagum. Kagum yang teramat sangat bilamana Timbalan Presiden PAS meraikan hadirin berbilang kaum. Arak dibenarkan dalam program makan malam bersama pesuruhjaya PAS Selangor? Bersama Timbalan Presiden? Mereka ni makan dalam restoran bukan halal? Dikelilingi oleh orang yang minuk arak? Parti Islam SeMalaysia? Tapak kaki laa! Kompok puak taksub cakap makanan kat sana semua muslimah masak kat Masjid. Pas tu tapaw & hantar kat sana. Pinggan & sudu si gemok kaki masuk skru yang kebulur semua bawak dari Mesjid. Perghhh...

Temberang. Konon kena langgar dengan Land Rover Polis.
Sampai sekarang tak saman2 PDRM.

4 jantan PAS cair kena layan dengan 2 orang amoi...
Dengan pelahap makan dalam Restoran tak Halal.

Alahai... manjanya... Lepas ni dah bole bersenam.


Parti Islam SeMalaysia.
Yaammm...Sengggg!!!


Mungkin inilah namanya negara kebajikan & memanglah tak layak untuk memacu kepada negara Islam. PAS BOLEH!!!

Saturday 17 December 2011

ABU-Projek Gila Babi


" Text bawah ni aku petik dari blog Chegubard,
 Kapten kumpulan NGO2,
ABU ( Asalkan Bukan UMNO ) "


Tindakan penjual sayur Mohamed Bouazizi, 26 bakar diri telah membawa pada Asal Bukan Ben Ali.

14 Januari lepas, Asalkan Bukan Ben Ali telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (23 tahun) itu dalam masa 21 hari.

Lonjakan rakyat di Tunisa dikatakan sebagai Teori Domino apabila merebak ke Mesir, Syiria, Libya, Yaman dan negara-negara Arab lain.

Atas sangkaan Khalid Sa’id edar dadah, polis pukul siswa itu sehingga mati sehingga membawa Asalkan Bukan Mubarak.

Wael Ghanem (blogger/eksekutif google) meniupkan We Are All Khaled Said di Facebook sehingga membawa Asalkan Bukan Mubarak.

Asalkan Bukan Mubarak telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (30 tahun) itu di Mesir pada 11 Februari lepas; dalam 18 hari sahaja.

Asalkan Bukan Gadaffi juga telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (42 tahun) itu pada 20 September lepas di Libya; dalam masa 217 hari.

Asalkan Bukan Gadaffi telahpun mengakibatkan rakyat langsung tidak takut dan tunduk pada peluru hidup dan bom yang dilepaskan oleh rejim Gadaffi.

Asalkan Bukan Keluarga Asad juga telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (41 tahun) itu pada 26 Januari lepas di Syria; dalam masa 49 hari.

Begitu juga dengan Asalkan Bukan Ali (Abdul Saleh), telah melonjak rakyat menumbangkan rejim (33 tahun) itu di Yaman; dalam masa 294 hari.

Asalkan Bukan Ali (Abdul Saleh) telah mendesak rejim sehingga melepas jawatan sebagai Presiden Yaman pada 23 November lepas.

Berapa hari pun yang diambil rakyat, semua kita telah yakin dan percaya bahawa Asalkan bukan Ben Ali, Mubarak, Gadaffi, Keluarga Asad dan Ali telah menumbangkan rejim-rejim besar di dunia.

Kezaliman, pengkhianatan, pembaziran, kemiskinan dan pengangguran telah melonjak rakyat di seluruh dunia untuk percaya Asalkan Bukan Rejim adalah jalan terbaik untuk memakmurkan negara dan hidup rakyat.

Tidak hairan sekiranya rakyat di dunia hatta Malaysia sendiri pada ketika ini begitu percaya bahawa Asalkan Bukan Rejim sudah menjadi sentimen antarabangsa dan sedang memulihkan negara-negara Arab berkenaan.

Tidak hairan sekiranya akademia seperti Prof F Gregory Gause dari Universiti Vermont mencadangkan kepada Amerika Syarikat supaya tidak menggalakkan amalan demokrasi di negera-negara berkenaan demi ‘kestabilan politik sedunia’.

Nada yang sama turut disuarakan oleh Dr Max Lane dari Institut Asia, Universiti Melbourne yang antara lain menyebut bahawa Revolusi Mesir adalah leaderless revolution; selain tidak menafikan faktor sampingan yang digerakkan sendiri oleh angkatan anak muda Ikhwan.

ASALKAN BUKAN UMNO

Semua kita sedar hakikat sebenar bahawa Asalkan Bukan Umno lebih awal bertiup di tanah air ini; iaitu menjelang pilihan raya umum ke-12 (8 Mac 2008).

Manifestasi pada Asalkan Bukan Umno ketika itu dapat dilihat melalui perhimpunan Protes, Bersih 1.0 dan Hindraf. Impak berantainya, lahirlah Tsunami Politik.

Semua ini berlaku sebelum meletusnya Revolusi Arab (Arab Spring) di Tunisia, Mesir, Libya, Syria dan Yaman.

Semua ini berlaku disebabkan semua kita, tidak kira secara langsung atau sebaliknya, telahpun menggigit Asalkan Bukan Umno sekuat-kuatnya tanpa mengira warna kaum, warna parti, warna pekerjaan, secara diam atau terbuka.

Asalkan Bukan Umno telah menumbangkan Umno Barisan Nasional di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak walaupun didakwa kudeta kemudiannya berlaku di Perak.

Sesungguhnya, Asalkan Bukan Umno telah mengukuhkan tapak sokongan rakyat terhadap PAS di Kelantan.

Sesungguhnya, Asalkan Bukan Umno telah memakmurkan Kedah, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

Sesungguhnya, Asalkan Bukan Umno telah membawa negeri-negeri berkenaan Ke Arah Era Rakyat.

Allahyarham Sa’aid bin Mat Hassan dipukul sampai mati. Adik Aminurrasyid Amzah ditembak sampai mati. Teoh Beng Hock dibunuh keita dalam proses siasatan SPRM. A Kugan dibunuh dalam lokap polis. Altantuya Sharibuu mati diletupkan dengan C4. Kalau tidak sekarang ASALKAN BUKAN UMNO, bila lagi? - Blog Chegubard

.........................................................................

SALAH UMNO


Allahyarham Sa’aid bin Mat Hassan kes seludup dgn Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor, salah UMNO


Adik Aminurrasyid Amzah ditembak sampai mati oleh Lans Koperal Mohamed Ya'cob pun salah UMNO


Mendiang Teoh Beng Hock bunuh diri masa siasatan SPRM, sampai ahli DAP sendiri cakap DAP harus bertanggungjawap sampai mendiang bunuh diri pun salah UMNO.


Altantuya Sharibuu mati diletupkan dengan C4. Cerita dikarang oleh Raja Petra, Raja Petra dah buat statement yg mangkuk ni disuruh untuk letupkan cerita ni. Dia pun tak tau hujung pangkal. TV3 dah keluarkan rakaman temubual dengan Raja Petra. Pun salah UMNO JUGAK.

Perghh...double bebal. Ni lah akibat tak tengok TV1, 2 & 3. Banyak sangat tengok TV Siam.


ASAL BUKAN UMNO ( ABU )

Blog chegubard ( penjual pen Al-Quran elektronik & buku cerita dan pakar nyonyot yang berjuang atas tiket menuntut keadilan rakyat sambil2 nyonyot duit sumbangan.



Bukti dari blog chegubard ( sapa yg nak derma, no akaun dah ada )


Yg ni kalau korang takda akaun Hong Leong, boleh pakai Maybank


Haaa... yang ni siap gambar. Kena derma banyak sikit.


Yang ni plak lagi best, iklan pen yang dia jual. RM450 aje.Siap tulis kebenaran Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri. Keh3x... Engkau bole kaw tim dengan D.S. Hishamuddin? Oii? Tak malu ke?

KENAPA PERLU BAWA IDEOLOGI YAHUDI?

OK lah. Serius sikit. Menceritakan atas apa sebab BABUN ni wujudkan kelab ABU ( Asal Bukan UMNO ).

Asalkan Bukan Ben Ali
Asalkan Bukan Mubarak
Asalkan bukan Gadaffi
Asalkan bukan Keluarga Asad
Asalkan bukan UMNO

Bila dah dibaca petikan blog atas, aku rumuskan yang geng ABU ni adalah PROJEK GILA BABI. Main sondol je. Asal nampak cacing, sondol. Asal nampak tanah je...sondol. Sampaikan stor kunyit pun diaorang sondol.

Kita toleh ke arah negara Arab seketika untuk cuba memahami situasi tersebut. Arab didorong untuk berbunuhan sesama sendiri, begitu juga Melayu akan dihasut untuk berbunuhan sesama Melayu. Fakta terbaik, kita boleh renungkan peristiwa Libya. Kesudahannya hampir pasti. Apa perasaan anda? Mungkin ada yang tidak pernah ambil peduli kerana ia masalah negara Arab. Ada sedikit yang rasa gembira kerana tumbangnya seorang pemimpin zalim..  persoalannya, adakah benar...?.

Pendokong sekular bersorak kerana demokrasi sekular bakal menerajui Libya. Ada pula telah melupakannya atau menganggap ia hanyalah krisis biasa. Aku bagi contoh negara Libya. LIBYA sebenar bukanlah seperti yang dilaporkan oleh media. Tangan Hitam telah menjadikan Gaddafi sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi. Membangunkan emosi orang Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media antara bangsa dikerah untuk membuat liputan berat sebelah. Seluruh negara Arab bergolak (digolakkan) untuk memudahkan penipuan atau menyembunyikan "Hakikat Sebenar" matlamat mereka dari diketahui dunia. Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh yang sangat menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah pun dikuburkan iaitu Saddam Hussein.

Untuk mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya mengucar kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja Arab telah diselamatkan melalui beberapa kaedah yang pelik diterajui oleh kerajaan Wahhabiah Saud Arabia.

Setelah Tunisia, kekacauan meletus di Mesir pula. Semua ini adalah gimik dan Hosni Mubarak dijadikan "kambing Hitam" untuk menutup niat mereka sebenar. Tak perlu NATO atau boss mereka USA membuat serangan tentera menjatuhkan Hosni Mubarak. Cukup dengan peranan beberapa proksi sahaja.

Dalam waktu yang sama rakyat Libya dihasut melalui sentimen dan keghairahan untuk menukar kerajaan. Peristiwa di Mesir dijadikan contoh dan ikutan. Mereka dipacu oleh agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD meniupkan sentimen anti pemerintah.

Kaedah yang digunakan seiras dengan apa yang telah digariskan dalam protokol zionis dan perancangan rahsia Illuminati. Malangnya rakyat Libya telah dikeliru malah begitu mudah dihasut melalui pelbagai maklumat palsu yang dibangunkan secara sistematik supaya membenci Gaddafi. Peranan Facebook dan media alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat propaganda terbaik bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel sebagai alat kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak pemerintah atau alat propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya mengabaikannya. Hal yang sama sedang menular di negara ini.

Senjata utama siri kejatuhan negara Islam ini ialah "PEMBOHONGAN". Pembohongan bermaksud "Dusta" itu adalah gelaran yang senonim dengan Dajjal Laknatullah. Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan hilang kewarasannya.

Apabila terpengaruh dengan janji manis untuk hidup bebas (tanpa had) seperti masyarakat Barat, Demokrasi dimomokkan sebagai sesuatu yang amat indah, untuk itu rakyat Libya sanggup mengorbankan segalanya.

Seperti mana Iraq. Barat membina helah, membantu mempercepatkan kemusnahan dengan pelbagai sekatan dan ugutan. Bertujuan untuk melemahkan Gaddafi. Akibatnya rakyat menjadi mangsa. Hidup menderita dan mengalami kesusahan. Pada waktu ini terhamburlah janji "Gunung Roti" bakal dinikamati dan ia ditawarkan sebagai ganjaran jika membuang pemerintah sedia ada. Ingatlah mereka mencipta masalah diikuti tawaran penyelesaian. Bagi sesiapa yang sudah memahami perancangan zionis " The Protocols of the Elders of Zion" perkara ini bukanlan sesuatu yang ganjil.

Itulah keadaan sebenar yang berlaku yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Nasib yang sama bakal dilalui oleh semua negara Islam. Tidak terkecuali Malaysia dan Indonesia. Dajjal tidak akan membenarkan Islam dan segala sistemnya diketengahkan. Para pemimpin negara Islam yang degil haruslah bersedia untuk mati atau hidup dalam penjara kerana dunia kini milik Dajjal.



Sesi soal jawab :

1. Apakah tujuan utama ABU ditubuhkan?
    A. Untuk penuhkan poket dengan kutipan derma
    B. Promosi jualan Pen Elektronik
    C. Mengumpul penyokong bebal & baral
    D. Saja2 nak bagi tau dorang yang idea ABU ni adalah ideologi Yahudi

Sekian terima kasih.